Friday 21 October 2011

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT



ISU - GAYA HIDUP SIHAT


Tugasan - amalan-amalan gaya hidup sihat

Idea
  • melakukan aktiviti bersenam dan riadah
  • mengamalkan amalan mengambil makanan seimbang dalam diet seharian
  • melakukan pemeriksaan doktor secara berkala
  • mendapat tidur dan rehat yang secukupnya
  • menangani stres dengan berkesan
  • tidak menghisap rokok
  • tidak meminum minuman keras
  • tidak melakukan seks bebas

Tugasan - kepentingan gaya hidup sihat

Idea
  • dapat menyihatkan badan dan mencerdaskan minda melalui aktiviti senaman
  • dapat mengelakkan seseorang menghidap penyakit kronik yang boleh membawa maut
  • dapat mengelakkan diri daripada melakukan tindakan luar batasan akibat stres yang melampau
  • memberi peluang untuk mencegah sebelum keadaan menjadi parah
  • memberi peluang untuk membuat rawatan awal
  • badan tidak menjadi letih dan boleh fokus untuk sesuatu tugasan jika seseorang mendapat rehat dan tidur secukupnya
  • mampu mengukuhkan ikatan kekeluargaan melalui aktiviti senaman dan riadah bersama-sama keluarga
  • pelajar boleh fokus pada pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas

Tugasan - langkah-langkah menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat

Idea

  • ibu bapa perlu mengutamakan pengambilan makanan seimbang dalam diet seharian keluarga
  • ibu bapa perlu melakukan aktiviti bersenam dan riadah bersama-sama anak-anak
  • ibu bapa perlu mengurus tekanan yang dialami oleh anak-anak
  • ibu bapa perlu memastikan anak-anak mendapat rehat dan tidur yang secukupnya
  • ibu bapa perlu membelikan alat-alat senaman di rumah
  • sekolah perlu mewajibkan pelajar-pelajar mengikuti aktiviti kokurikulum 
  • sekolah perlu merangka program yang berbentuk kecergasan kepada pelajar
  • sekolah perlu melaksanakan dasar 1 Murid 1 Skan dengan serius
  • sekolah perlu merancang sukan sepanjang tahun kepada pelajar
  • kerajaan perlu mengetatkan dasar 10 peratus penglibatan pelajar dalam kokurikulum sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi
  • media massa perlu menguar-uarkan kepentingan gaya hidup sihat kepada masyarakat

3 comments:

  1. peranan media massa banyak keluar soalan peperiksaan berkaitan amalan gaya hidup sihat.. tapi saya takde idea... TOLONG???

    ReplyDelete
  2. assalam cikgu, naktanya.. kalau kehendak soalan jelaskan amalan gaya hidup sihat ni maksudnya kene buat amalan, kepentingan,dan langkah-langkahnya ye cikgu? boleh ke saya tambah akibat jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat?

    ReplyDelete
  3. assalam cikgu, naktanya.. kalau kehendak soalan jelaskan amalan gaya hidup sihat ni maksudnya kene buat amalan, kepentingan,dan langkah-langkahnya ye cikgu? boleh ke saya tambah akibat jika tidak mengamalkan gaya hidup sihat?

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...