Friday, 14 October 2011

NILAI NOVEL RENYAH



PERNYATAAN
HURAIAN




Ketabahan
Datuk Dolhi tabah mengharungi cabaran yang berlaku dalam keluarganya sehingga nama baiknya tercemar gara-gara perbuatan anak-anaknya yang menconteng arang ke muka, tetapi akhirnya dia berjaya mengharunginya dan berharap anak-anaknya mampu menebus kesalahan yang lalu dan berharap masa depan anak-anaknya kembali cerah.

Wahi berjaya mengharungi liku-liku kehidupan yang penuh dengan cabaran kerana kematian ibu sejak kecil dan dipelihara oleh nenek, tetapi akhirnya berjaya dalam hidup apabila Datuk Dolhi menamakannya sebagai pengganti di syarikat Dolhi-Albert Holding.



Kegigihan
Datuk Dolhi gigih memperluaskan perniagaan sehingga ke luar negara dengan mengikut rombongan perniagaan untuk meneliti peluang-peluang yang boleh diteroka bagi melebarkan sayap perniagaannya walaupun usianya sudah meningkat dan menghadapi masalah kesihatan

Robert Lee gigih berusaha dengan bermula dari bawah sebagai kerani, juru jual, penyelia bengkel sehingga menjadi pengurus di syarikat Dolhi-Albert Holding









Teguh pendirian
Hasnol tetap dengan keputusannya tidak akan melepaskan jawatan PTD walaupun dipujuk oleh ayahnya berkali-kali untuk melibatkan diri dalam bidang perniagaan.

Ilham tetap dengan perjuangannya mempertahankan kepentingan alam sekitar dan membantah kegiatan pembalakan walaupun ayahnya sendiri terlibat dengan pembalakan di Sarawak.

Mukhlis tetap dengan keputusannya mengikut kumpulan jemaah kerana prinsipnya yang ingin menegakkan Islam walaupun terpaksa meninggalkan kemewahan demi mencapai cita-citanya.

Amera tetap dengan keputusannya menolak lamaran Robert walaupun Robert kacak dan daripada keluarga kaya kerana ingin hidup sederhana dan komited dengan kerjayanya sebagai pendidik

Dani tetap dengan keputusannya menceburi bidang muzik dan menubuhkan kumpulan muzik sendiri walaupun dia tidak mempunyai asas dalam bidang muzik, hanya belajar muzik di jalanan sahaja


















Kasih sayang
Datuk Dolhi menyerahkan kepada Amera membuat keputusan dalam hal memilih jodohnya walaupun Albert Lee ingin menjodohkan dengan anaknya, Robert. Datuk Dolhi tidak mahu memaksa anaknya dan berharap Amera akan menemui orang yang baik sebagai pasangan hidup.

Datuk Dolhi menikahi Mastura yang dikenalinya sejak belajar di universiti selepas setahun berkahwin dengan Datin Tominah kerana rasa sayang dan tanggungjawab kepada Mastura

Datuk Dolhi teringat dan ingin sangat bercakap dengan Wahi apabila mengenangkan anaknya itu dan apabila resah menghadapi masalah dengan anak-anaknya yang lain

Datuk Dolhi menjamin Hasnol yang ditangkap oleh pihak berkuasa kerana kesalahan melakukan rasuah dan berusaha menempatkan Dani di pusat pemulihan dadah supaya masa depan anak-anaknya tidak gelap

Datuk Dolhi menemani isterinya ke Pertunjukan Busana Islam di Hotel Merlin walaupun kepenatan kerana tidak mahu mengecewakan isterinya itu

Datuk Dolhi tidak mahu memaksa anaknya Amera menerima Robert Lee sebaliknya menyerahkan kepada anaknya itu membuat keputusan sendiri dan berharap Amera akan menemui orang yang baik sebagai pasangan hidup

Datin Tominah menyayangi anak-anaknya walaupun anak-anaknya telah melakukan perbuatan yang mengecewakannya dan boleh memalukan keluarganya. Dia tetap mendoakan agar anak-anaknya berjaya mengatasi masalah tersebut.








Hormat-menghormati
Perbincangan Albert Lee dengan isteri dan anak-anaknya begitu luas. Mereka bersikap terbuka dan berpandangan luas. Gaya Albert yang peramah membuatkan anak-anaknya tidak segan memberikan pendapat. Mereka menghormati Albert sebagai seorang bapa. Albert memupuk suasana itu sejak Robert dan Elain masih kecil lagi.

Datuk Dolhi menghormati tokoh-tokoh pemimpin negara seperti Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamed dan tokoh-tokoh Barat dan Jepun serta menjadikan mereka sebagai kata-kata pada permulaan ceramahnya.

Datuk Dolhi meminta pendapat setiausahanya, Rozie tentang KMM dan cara terbaik untuk dilaksanakan di syarikat mereka tanpa meninggalkan identiti sendiri.

Datuk Dolhi mengambil kesempatan rombongan presiden negara Islam bekas Soviet untuk melebarkan sayap perniagaan di sana dengan meraikan mereka makan tengah hari di sebuah tempat ekslusif



Simpati/prihatin/belas kasihan
Datuk Dolhi pergi ke perkampungan Sungai Bakau untuk melihat kesusahan yang dihadapi oleh Mukhlis. Tiba di perkampungan itu, Datuk Dolhi sedih dan simpati dengan corak kehidupan anaknya, bukan sebagaimana yang disangkanya.

Datin Tominah meminta Datuk Dolhi membantu Mukhlis kerana kasihan melihat Muklhlis yang hidup dalam kesusahan dan terpaksa bekerja dengan upah sebanyak lima ringgit sehari.

Datuk Dolhi menyara Wahi sejak dilahirkan sehingga bekerja dengannya kerana perasaan simpatan kepada anaknya itu yang tidak mendapat kemewahan berbanding dengan anak-anaknya yang lain

Datuk Dolhi berasa belas kasihan apabila Ustaz Hashim menceritakan Mukhlis yang kini hidup keseorangan setelah isterinya kembali ke pangkuan bekas suaminya. Ustaz Hashim meminta supaya Datuk Dolhi menjenguk Mukhlis sebelum keadaan menjadi parah. Datuk Dolhi sedar akan ketegasannya kepada Mukhlis selama ini.



Tangungjawab
Datuk Dolhi berusaha membina empayar perniagaannya semata-mata untuk anak-anaknya pada masa hadapan.

Datuk Dolhi berusaha membantu anak-anaknya, Hasnol, Ilham, Mukhlis dan Dani yang telah memilih jalan yang salah dan bertanggungjawab membina semula masa depan anak-anaknya supaya menjadi orang yang berguna.

Cintai alam sekitar
Ilham berjuang supaya hutan tidak ditebang agar generasi akan datang dapat menikmati sumber hutan sebagai khazah negara walaupun ayahnya terlibat dalam bidang pembalakan



Bersemangat tinggi

Datuk Dolhi mahu orang Melayu mengubah sikap supaya tidak cepat berpuas hati dengan apa yang dimiliki dan mengambil sikap seperti orang Cina yang mendidik keluarga mereka dalam suasana berniaga

Walaupun sudah tua, Datuk Dolhi masih bersemangat memeriksa projek, menghadiri seminar, ke luar negara mencari peluang perniagaan dan rakan kongsi


Patriotik

Datuk Dolhi lebih suka menggunakan kereka saga limosin barunya buatan Malaysia ke majlis-majlis rasmi kerana dia lebih mengutamakan barangan buatan tempatan. Dalam hal berpakaian, dia lebih suka menggunakan batik Kelantan kerana buatannya juga bermutu tinggi.




Berpandangan jauh/ berhati-hati sebelum membuat keputusan

Datuk Dolhi meminta isterinya memikirkan semasak-masaknya sebelum bersetuju membuka butik untuk mengelakkan kerugian pada akan datang. Padanya daripada rugi, lebih baik wang tersebut dibelanjakan untuk membela anak yatim

Datuk Dolhi ragu-ragu keikhlasan Albert Lee hendak menjodohkan Robert dengan anaknya, Amera kerana memikirkan ada maksud lain di sebalik perkahwinan tersebut. Sebab itulah dia menyerahkan kepada Amera untuk membuat keputusan sendiri.

Amanah
Datuk Dolhi tidak memberi wang syarikat kepada Hasnol dan Mukhlis walaupun syarikat tersebut adalah kepunyaannya kerana beberapa prosedur perlu diikuti dan tidak boleh mengeluarkan wang sewenang-wenangnya


Reda/menerima kenyataan
Datuk Dolhi reda dengan tindakan yang akan diambil oleh pihak berkuasa terhadap Ilham kerana masalah yang dicetuskannya dan akan bercuti untuk memudahkan pihak berkuasa mengambil tindakan tanpa perlu menghormatinya sebagai ahli perniagaan terkenal.

Datuk Dolhi reda jika pihak berkuasa menangkap Ilham kerana Ilham telah membuat pilihan sedemikian

Datin Tominah memaafkan Datuk Dolhi akhirnya setelah Datuk Dolhi berjaya mengharungi konfrontasi yang dicetuskan oleh Datin Tominah dan Amera akan bernikah dengan YB Wahab. Datin Tominah juga menerima Wahi dan isterinya Yuka.

Berterus terang
Datuk Dolhi memberitahu Wahi bahawa dia adalah bapa kandung Wahi semasa bercuti di Jepun. Datuk Dolhi juga memberitahu Datin Tominah dan anak-anaknya yang lain bahawa Wahi adalah anak kandungnya bersama isteri kedua yang dinikahinya 28 tahun yang lalu.


Kesabaran
Datin Tominah sabar dengan tingkah laku anaknya, Hasnol yang bersikap angkuh semasa memulangkan hutangnya sebanyak sepuluh ribu. Dia juga sabar dengan perbuatan Hasnol yang meletakkan gagang telefon dengan kuat setelah ibunya tidak mampu memberikan wang kepadanya.


Baik hati
Albert Lee membantu Datuk Dolhi yang kepenatan dan mengurut-ngurut dada Datuk Dolhi selepas berjogging. Dia juga menyarankan supaya Datuk Dolhi membawa pulang Ilham yang berada di Sarawak untuk mengelakkan risiko yang akan menimpa Ilham.


Setiakawan
Albert Lee dan Datuk Dolhi sering bersama seperti berjogging bersama dan membantu ketika Datuk Dolhi sakit dada kerana mereka sangat akrab dan menjadi rakan karib. Albert Lee juga bersedia untuk menjodohkan anak-anaknya dengan anak-anak Datuk Dolhi untuk mengukuhkan lagi ikatan persaudaraan mereka.
Kepatuhan
Wahi mematuhi nasihat Datuk Dolhi yang mengingatkannya supaya tidak mengunjungi pachinko semasa berada di Jepun
Kerajinan
Datuk Dolhi memuji kerajinan Wahi yang menghantar kertas kerja kepadanya melalui faks walaupun berada di Jepun.



Nasihat-menasihati

Amera menasihati adiknya Ilham supaya mencari pekerjaan yang menjamin masa depannya daripada melibatkan diri dalam perkara yang tidak menjanjikan pulangan yang lumayan.

Amera menasihati Dani supaya menjadi penyanyi yang berdisiplin, menjaga imej yang bersih, berpakaian kemas dan menepati masa jika ingin berjaya dan dihormati.


Keimanan

Mukhlis sanggup meninggalkan kemewahan demi perjuangannya menegakkan Islam dengan mengikut jemaah walaupun ditentang oleh ayahnya yang ragu-ragu dengan ajaran yang dibawa oleh kumpulan jemaahnya


Keberanian
Ilham menganjurkan tunjuk perasaan di hadapan menteri kanan Malaysia yang melawat London. Dia tidak takut tindakan yang akan diambil oleh kerajaan Malaysia kerana mendakwa banyak negara di dunia menawarkan kewarganegaraan kepadanya



3 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...