Friday 21 October 2011

CIRI-CIRI GENERASI BERWAWASAN


ISU - GENERASI BERWAWASAN

Tugasan - ciri-ciri generasi yang berwawasan

Idea

  • mempunyai semangat patriotik yang tinggi supaya negara berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara-negara lain
  • mempunyai daya saing yang tinggi supaya tidak ketinggalan dengan bangsa-bangsa yang lain
  • mempunyai ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang selaras dengan era globalisasi
  • mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa
  • mempunyai integriti yang tinggi dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan
  • patuh pada undang-undang negara supaya tidak terlibat dalam perkara negatif
  • mempunyai idea yang kritis, kreatif dan inovasi dalam mereka cipta sesuatu
  • mempunyai keinginan untuk belajar sepanjang hayat supaya ilmu sentiasa bertambah
  • mempunyai minda yang terbuka iaitu bersedia untuk menerima teguran orang lain
  • sentiasa dinamik dan progresif dalam melakukan sesuatu tugas yang diamanahkan
  • sanggup menghadapi cabaran tanpa mengenal erti putus asa
  • berani melakukan perubahan dari segi sikap agar tidak bersifat jumud
  • mempunyai kemahiran yang tinggi dalam pelbagai bidang
  • mempunyai asas agama yang kukuh dalam diri
  • mempunyai nilai-nilai murni yang tinggi

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...