PROSA TRADISIONAL : HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
SINOPSIS
BAB III
Perkahwinan Opu Daeng Menambun Dengan Puteri Kesumba
Kisah bermula dengan pelayaran Opu Daeng lima bersaudara. Pelayaran Opu Daeng disertai oleh Sultan Muhammad Zainuddin. Baginda berkenan menjodohkan anakanda puteri baginda dengan Opu Daeng lima saudara. Setelah perbincangan dibuat, Daeng Perani mencadangkan Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri kesumba, anakanda Sultan Muhammad Zainuddin. Opu Daeng Menambun bersetuju.
BAB IV
Panembahan Agung Ditangkap
Opu Daeng Menambun berkahwin dengan Puteri Kesumba. Sultan Muhammad Zainiddin bertitah kepada Opu Daeng lima saudara menyerang Panembahan Agung. Opu Daeng lima saudara sampai ke pengkalan negeri Matan. Berita kedatangan Opu Daeng sampai ke pengetahuan Panembahan Agung. Menantu Panembahan Agung, iaitu Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berjumpa dengan Opu Daeng berlima. mereka bersalaman dan bertanya khabar. Selepas itu mereka berhunus keris untuk bertikaman. Opu Daeng Menambun berkata kepada Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz bahawa mereka semua orang Bugis. Daeng Mataku dan Tuan Haji Hafiz berasa serba salah kerana arahan Panembahan Agung agar menghalang Opu lima bersaudara daripada masuk ke dalam kota sama ada secara lembut ataupun kekerasan. Tuan Haji Hafiz mencadangkan agar tidak ada pertumpahan darah. Opu lima bersaudara telah masuk ke kota dan menawan Panembahan Agung. Panembahan Agung telah dibawa menghadap Sultan Muhammad Zainuddin oleh Opu Daeng berlima.
BAB V
Opu Yang Berlima Saudara di Riau
Opu Daeng berlima telah belayar ke Riau berjumpa dengan Sultan Raja Sulaiman. Baginda meminta pertolongan Opu daeng berlima pergi menyerang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuannya dan dijadikan isteri. Opu Daeng berlima mengenakan syarat iaitu apabila Yang Amtuan Besar, baginda harus melantik antara mereka berlima menjadi Yamtuan Muda. Setelah persetujuan dicapai, maka peperangan berlaku antara orang Bugis dengan orang Siak. Yang Amtuan Raja Kecil terpaksa berundur ke hulu negeri Siak. Sultan Raja Sulaiman mengucapkan terima kasih kepada Opu Daeng Berlima kerana berjaya mengalahkan Yang Amtuan Raja Kecil. Seperti yang dijanjikan, yang Amtuan Raja Sulaiman memilih Opu Daeng Merewah dilantik menjadi Yamtuan Muda di Riau. Opu Daeng Chelak dijodohkan dengan adinda Yang Amtuan Raja Sulaiman bernama Tengku Puan.
BAB VI
Opu Yang Berlima Saudara di Kedah
Raja Kedah telah berbalah dengan saudaranya berkaitan takhta lalu meminta pertolongan daripada Opu Daeng lima bersaudara. Opu Daeng lima bersaudara sanggup menolong Yang Amtuan Raja Kedah untuk mendapatkan takhtanya dan berjanji akan memberikan setiap seorang lima belas bahara sebagai balasan. Opu Daeng telah meminta agar pedagang yang ada di negeri Kedah terutamanya dari Bugis, Mangkasar dan Mandura di bawah perintahn ya, namun Raja Kedah memberitahu bahawa dia memerlukan masa untuk mengumpul orang tersebut. Opu daeng berjaya mengumpulkan pedagang dari Timur untuk membantu Raja Kedah ditabalkan menjadi yang Dipertuan Negeri Kedah. Setelah tiga hari, rombongan Opu Daeng lima bersaudara bersetuju menabalkan Raja Kedah menjadi Yang Amtuan negeri Kedah. Namun begitu, ada saudara Raja Kedah yang tidak bersetuju dengan pelantikan baginda ingin menyerangnya dan berlakulah peperangan yang berlarutan sehingga tiga hari tiga malam dan berterusan sehingga lapan hari dan akhirnya kemenangan berpihak kepada orang Bugis. Raja Kedah yang baharu mengahwinkan Opu Daeng Perani dengan saudara perempuannya dan membayar tiga bahara dahulu kepada Opu Daeng lima bersaudara.
BAB VII
Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi di Sambas serta Perkahwinan Opu Daeng Kemasi
Opu Daeng lima bersaudara telah dijemput oleh Raja Sambas dan ingin menjodohkan mereka dengan adik perempuannya yang bernama Urai Tengah seterusnya dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di Sambas. Opu daeng Menambun menerima pelawaan tersebut lalu pergi ke Sambas bersama-sama dengan Opu Daeng Kemasi. Kedatangan mereka berdua telah disambut oleh Sultan Adil dan anakandanya serta disediakan satu rumah dalam sebuah kampung. Setelah tiga hari, Sultan Adil menyuruh pangeran dan kiai bertujuh berjumpa dengan Opu Daeng Menambun dan Opu Daeng Kemasi bagi menyampaikan hajat untuk mengahwinkan salah seorang daripada mereka dengan adiknya Raden Tengah. Opu Daeng Menambun mencadangkan agar Opu Daeng Kemasi dikahwinkan dengan Raden Tengah dan Sultan Adil bersetuju lalu mereka berkahwin. Opu Daeng Kemasi dilantik menjadi Pangeran Mangkubumi di dalam daerah negeri Sambas.
BAB VIII
Pemilihan Sultan Muda di Matan dan Darihal Perkahwinan Sultan Muhammad Zainuddin
Setelah sekian lama di negeri Sambas, Opu daeng Menambun teringin untuk balik ke negeri Matan. Hal ini menggembirakan Sultan Muhammad Zainuddin kerana menantunya akan pulang lalu baginda mengadakan sambutan yang hebat untuk menyambut ketibaannya. Setelah setahun, Sultan Muhammad Zainuddin mengumpulkan anak-anaknya serta saudaranya dan pangeran dan kiai untuk membincangkan hal berkaitan penggantinya. Pangeran dan Menteri Penggawa meminta tangguh untuk memilih orang yang layak menjadi pengganti Sultan Muhammad Zainuddin. Seluruh penduduk Matan tidak bersepakat dalam hal ini kerana masing-masing menyokong Pangeran Ratu, Pangeran Mangkurat dan Pangeran Emas Seri Negara. Sultan Muhammad Zainuddin akhirnya berkahwin dengan Raden Mas Inderawati, anak Raja Mempawah, Panembahan Sengkauk walaupun Raden Mas Inderawati merupakan tunang kepada Ratu Anom Kesumayuda. Panembahan Sengkauk meminta supaya Raja Muhammad Zainuddin menjaga anaknya baik-baik.
BAB IX
Opu Daeng Menambun serta Puteri Kesumba dan Mas Inderawati Menziarah Makam Panembahan Sengkauk
Khabar berita telah sampai ke pengetahuan Sultan Muhammad Zainuddin bahawa Duli Panembahan Sengkauk telah mangkat. Seri Paduka Anakanda Puteri Kesumba telah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun dan diraikan secara besar-besaran di negeri Matan. Setelah acara keraian selama tujuh hari tujuh malam, rombongan diraja berangkat balik ke Kuala Mempawah bersama-sama hamba perempuan dan pengiring raja perempuan. Mereka kemudiannya sampai ke Sebukit lalu membuka negeri di situ. Setelah selesai segala urusan membuka negeri, mereka berangkat ke makam Marhum Panembahan Sengkauk.
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM HIKAYAT OPU DAENG MENAMBUN
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Kepahlawanan menakluk dan meluaskan pengaruh di negeri-negeri Tanah Melayu | Kepahlawanan Opu Daeng lima bersaudara menakluk negeri-negeri Melayu sehingga akhirnya mereka menjadi raja di negeri-negeri seperti Daeng Merewah dilantik Yamtuan Muda di Riau dan Daeng Kemasi dilantik sebagai Pangeran Mangkubumi di Sambas |
Persoalan | Persoalan keberanian menegakkan keadilan | Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak kerana Yang Amtuan Raja Kecil telah menculik saudara perempuan Raja Sulaiman. |
Persoalan perebutan takhta kerajaan membawa kepada peperangan | Raja Kedah berbalah dengan saudaranya kerana berebut takhta kerajaan sehingga memaksa Raja Kedah meminta bantuan Opu lima bersaudara | |
Persoalan bersedia memberikan bantuan jika diperlukan | Opu Daeng lima bersaudara bersedia memberikan bantuan kepada Raja Sulaiman apabila Yang Tuam Raja Kecil menculik saudara perempuannya. Mereka berlima juga bersedia memberikan bantuan kepada Raja Kedah supaya saudaranya menyerahkan kembali takhta kerajaan | |
Persoalan muafakat dan kerjasama sebelum membuat keputusan | Opu Daeng lima bersaudara akan berbincang dan bermuafakat terlebih dahulu sebelum membuat sesuatu keputusan | |
Nilai | Muafakat/kerjasama | Opu Daeng lima bersaudara bermuafakat terlebih dahulu sebelum memberi bantuan kepada Raja Sulaiman dan Raja Kedah |
Keberanian | Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Siak untuk mendapatkan semula saudara perempuan Raja Sulaiman yang diculik oleh Raja Kecil | |
Tolong-menolong | Opu Daeng berlima sanggup membantu Raja Sulaiman dan Raja Kedah apabila mereka diminta untuk menyelesaikan masalah masing-masing | |
Menunai janji | Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau | |
Pengajaran | Kita hendaklah gigih berani menegakkan keadilan untuk mengembalikan hak | Opu Daeng lima bersaudara berani menyerang orang-orang Raja Kecil kerana ingin mengembalikan hak kepada Raja Sulaiman |
Kita hendaklah membantu orang yang memerlukan bantuan supaya beban mereka dapat diringankan | Opu Daeng bersedia membantu Raja Kedah yang telah dinafikan hak sebagai pemerintah oleh saudaranya sendiri. | |
Kita hendaklah bekerjasama dan bersatu bagi mencapai matlamat | Opu Daeng lima bersaudara telah berbincang terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa bantuan kepada raja Sulaiman dan Raja Kedah | |
Kita hendaklah menunaikan janji yang telah dibuat supaya orang mempercayai kita | Raja Sulaiman menunaikan janjinya dengan melantik Opu Daeng Merewah sebagai Yang Amtuan Muda di Riau. |
WATAK | PERWATAKAN |
Opu Daeng Menambun | Mempunyai 4 saudara iaitu Opu Daeng Perani, Daeng Kemasi, Daeng Merewah dan Daeng Celak |
Berkahwin dengan Puteri Kesumba dari Riau | |
Dilantik menjadi raja di Mempawah | |
Daeng Perani | Saudara yang tertua daripada lima bersaudara |
Beristerikan anak Nakhoda Alang dari Siantan | |
Mempunyai dua orang anak iaitu Daeng Kemboja dan Daeng Khatijah | |
Daeng Kemasi | Beristerikan anak Raja Mempawah |
Dilantik menjadi raja di Sambas | |
Daeng Chelak | Dilantik menjadi raja di Riau |
Berkahwindengan Tengku Puan, adinda Sultan Raja Sulaiman | |
Daeng Merewah | Menjadi Yang Amtuan Muda di Riau |
Berkahwin dengan Engku Encik Ayu, anakanda Ungku Datuk Temenggung |
LATAR MASA | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tujuh hari tujuh malam | Meraikan Puteri Kesumba yang dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun | |
Hari Jumaat | Rombongan Ratu Agung Senuhun mula belayar | |
Lapan hari | Peperangan di antara orang-orang Raja Kedah dengan saudaranya | |
LATAR TEMPAT | Riau | Opu Daeng Menambun lima bersaudara membantu Sultan Sulaiman menyerang Siak |
Siak | Peperangan di antara Opu Daeng lima bersaudara dengan orang-orang Siak | |
Negeri Matan | Tempat Puteri Kesumba diraikan secara besar-besaran setelah dilantik menjadi Ratu Agung Senuhun | |
LATAR MASYARAKAT | Masyarakat feudal | Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja |
Masyarakat istana | Masyarakat yang tinggal di istana seperti raja | |
Masyarakat yang suka membantu | Opu Daeng lima bersaudara bersedia membantu mereka yang memerlukan bantuan | |
Masyarakat yang berani | Opu Daeng lima bersaudara sangat berani menyerang musuh |
kalau soalan terangkan maksud perkataan yg susah cikgu,,
ReplyDeleteckgu, nk mintk contoh soalan untuk tjuk ni ckgu, bleh ? -SPM candidate-
ReplyDeleteCikgu, hal tentang bab VI, "terutamanya dari Bugis, Mengkasar(bknnya Mangkasar)" tolong ubahkan!
ReplyDeleteassalamualaikum ckgu nak tanya sapa pngarang buku crita hikayat opu daeng menambun
ReplyDeleteRogayah A. Hamid
Delete