CERPEN : HUTAN RIMBA
Oleh: Sasjira
Sinopsis
Pak Tua sebagai pemandu traktor menyesali pekerjaannya yang mengakibatkan kemusnahan alam sekitar. harapannya agar kawasan hutan kembali merimbun. Hasil pekerjaannya dia berjaya membesarkan anak-anaknya dengan kerjaya masing-masing. Atas nasita anak-anaknya Pak Tua dapat dipujuk agar reda dengan pekerjaannya yang banyak membantu menyara keluarga dan pendidikan anak-anaknya. Akhirnya Pak Tua dan anak-anaknya menceburi bidang pelancongan dengan membuat resort keluarga di hutan simpan miliknya bagi memelihara alam sekitar.
Aspek komsas dalam cerpen Hutan Rimba karya Sasjira
ITEM | PERNYATAAN | CONTOH |
Tema | Tekanan perasaan seorang pemandu traktor yang memusnahkan alam sekitar untuk tujuan pembangunan | Kekesalan Pak Tua sebagai pemandu traktor akan tindak-tanduknya selama ini yang telah menyebabkan kemusnahan flora dan fauna. Namun, Pak Tua berbangga dengan kejayaan dan keberhasilan anak-anaknya dalam bidang akademik dengan hasil usaha selama ini sehingga mampu menjawat jawatan tinggi dalam pekerjaan masing-masing. Akhirnya Pak Tua telah mengusahakan hutan simpan bagi memulihara alam sekitar |
Persoalan | Persoalan pembangunan sehingga memusnahkan flora dan fauna | Pak Tua sangat kesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor yang banyak memusnahkan pokok-pokok dan haiwan-haiwan demi pembangunan |
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa | Pak Tua rasa bersalah kerana memusnahkan alam sekitar walaupun dengan tujuan untuk aktiviti pertanian | |
Persoalan kemusnahan hutan sebagai khazanah alam | Pak Tua menyesal akibat pekerjaannya sebagai pemandu traktor telah banyak memusnahkan hutan sebagai khazanah negara | |
Persoalan tanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak | Pak Tua berjaya memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga menjawat jawatan yang tinggi dalam pekerjaan masing-masing | |
Persoalan kepentingan pembangunan kepada negara | Pembangunan dalam sektor pertanian mampu menjana pendapatan kepada negara | |
Persoalan tanggungjawab menjaga alam sekitar | Pak Tua mengekalkan hutan simpan miliknya untuk memulihara alam sekitar atas kesedarannya sebelum ini yang banyak memusnahkan alam sekitar | |
Persoalan keindahan alam mampu memajukan industri pelancongan negara | Anak-anak Pak Tua ingin melibatkan diri dalam industri pelancongan kerana mampu menjana pendapatan sekali gus mengekalkan keindahan alam sekitar | |
Nilai | Cinta alam sekitar | Pak Tua sangat menyesal kerana banyak memusnahkan alam sekitar ketika bekerja dengan syarikat pembalakan |
Kasih sayang | Pak Tua dan Mak Tua mengasihi anak-anak sehingga mereka berjaya dalam kerjaya masing-masing | |
Kegigihan | Pak Tua dan Mak Tua mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang sehingga anak-anak mereka saling menghormati | |
Redha | Mak Tua meminta supaya Pak Tua tidak menyesal pekerjaannya yang banyak memusnahkan hutan kerana perbuatan itu adalah tuntutan pekerjaannya | |
Tanggungjawab | Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing | |
Prihatin | Mak Tua menasihati Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya memusnahkan alam sekitar dahulu | |
Pengajaran | Kita hendaklah mencintai alam supaya flora dan fauna tidak musnah | Pak Tua begitu menyesal kerana banyak memusnahkan flora dan fauna ketika bekerja sebagai pemandu traktor caterpillar |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja | Pak Tua begitu menyayangi cucu-cucunya dan menggunakan kesempatan waktu tuanya dengan bergembira bersama-sama mereka | |
Kita hendaklah memberikan pendidikan terbaik kepada anak-anak | Pak Tua bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada empat orang anaknya sehingga mereka berjaya dalam bidang kerjaya masing-masing | |
Kita hendaklah bersyukur dnegan rezeki yang dikurniakan | Pak Tua bersyukur kerana hasil pekerjaanya dahulu berjaya memberikan pendidikan kepada anak-anak |
Watak & perwatakan | Perwatakan dalaman | Huraian |
Pak Tua | Bertanggungjawab | Pak Tua dan Mak Tua bertanggungjawab memberi pendidikan kepada anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya |
Bersyukur | Pak Tua rasa bersyukur kerana empat orang anaknya telah berjaya hasil pekerjaanya sebagai pemandu traktor | |
Cintai alam sekitar | Pak Tua menyesal atas perbuatannya memusnahkan alam sekitar semasa bekerja dengan syarikat pembalakan dahulu | |
Gigih | Pak Tua sangat gigih bekerja sehingga berjaya membesarkan anak-anak dengan pendidikan yang tinggi | |
Mak Tua | Pandai memasak | Mak Tua pandai memasak semasa menyediakan makanan kepada keluarganya |
Pandai memujuk | Mak Tua pandai memujuk Pak Tua supaya tidak menyesali perbuatannya memusnahkan alam | |
Bertanggungjawab | Mak Tua berjaya mendidik anak-anak dengan penuh tanggungjawab kerana mereka saling menghormati | |
Prihatin | Mak Tua menyedari kegelisahan suaminya dengan memberi nasihat supaya tidak mengambil peduli akan pekerjaanya yang banyak memusnahkan alam sekitar |
Latar | Pernyataan | Huraian |
Latar masa | 30 tahun yang lalu | Sewaktu Pak Tua bekerja sebagai pemandu traktor caterpilar dengan syarikat pembalakan |
Malam Jumaat | Majlis bacaan Yaasin diadakan | |
Latar tempat | Hutan rimba | Kawasan hutan yang diteroka oleh Pak Tua untuk dijadikan kawasan pertanian |
Sungai | Sungai di belakang rumah merupakan tempat Mak Tua mencari ikan | |
Sungai Kinabatangan | Tempat kayu balak dihanyutkan | |
Latar masyarakat | Masyarakat yang gigih bekerja | Pak Tua gigih bekerja sehingga mampu membesarkan anak-anak dengan pendidikan yang tinggi |
Masyarakat yang bertangungjawab | Pak Tua dan Mak Tua bertanggungjawab membesarkan anak-anak sehingga berjaya dalam kerjaya masing-masing | |
Masyarakat yang menyayangi alam sekitar | Pak Tua mengusahakan hutan simpan kerana sayangkan alam sekitar | |
Masyarakat yang bersyukur | Pak Tua bersyukur kerana berjaya mendidik anak-anak dengan pelajaran yang tinggi | |
Masyarakat yang berpandnagan jauh | Pak Tua tidak menghalang anak-anaknya yang ingin mengusahakan tanah dusunnya sebagai kawasan pelancongan |
Thank you so much for shared all the notes for komsas. Im student from Perlis :)
ReplyDeleteTkasih..sangat membantu..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteSelamat Berpuasa..Terima kasih memberi info yang menarik untuk kami belajar..
ReplyDeleteAGEN JUDI ONLINE
ReplyDeleteAGEN JUDI
AGEN BOLA
PROMO BONUS 988BET
PREDIKSI BOLA
AGEN JUDI ONLINE
AGEN JUDI