CERPEN : PENANGGUNGAN
Oleh: Wijaya Mala
Sinopsis
Kapten Mamat mengimbau kecelakaan yang berlaku di atas kapalnya yang melibatkan kelasi yang bernama Baharum. Masnah, balu kepada Baharum tidak dapat menerima kenyataan dan menyalahkan takdir atas kejadian yang menimpa suaminya. Masnah mengadukan nasibnya yang malang kepada Kapten Mamat. Masnah menyalahkan kehidupan para kelasi yang sentiasa berada dalam keadaan bahaya. Kapten Mamat berjanji akan berusaha untuk mendapatkan pampasan untuk masnah bagi mengurangkan beban keluarganya. Selain itu, Kapten Mamat memberikan kesedaran kepada Masnah bahawa setiap kematian itu telah ditentukan sebab musababnya. Akhirnya, masnah sedar bahawa sebagai manusia, dia perlu menerima kenyataan dan mengakui hakikat bahawa itulah lumrah kehidupan.
Aspek komsas dalam cerpen Penanggungan karya Wijaya Mala
ITEM | PERNYATAAN | CONTOH |
Tema | Menanggung tanggungjawab untuk meringankan beban keluarga yang menimpa nasib malang | Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kematian Baharum, suami Masnah. Baharum yang menjadi kelasi kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat telah meninggal dunia kerana terjatuh dari atas tiang agung ke atas geladak. Kapten Mamat bertanggungjawab terhadap kehidupan Masnah dan dua anaknya setelah kematian Baharum. |
Persoalan | Persoalan kesengsaraan hidup janda setelah kematian suami | Masnah terpaksa menenpuh kehidupan bersama-sama dua orang anaknya tanpa suami yang mati akibat terjatuh dari atas kapal |
Persoalan rasa bersalah yang menghantui jiwa | Kapten Mamat rasa bersalah kerana Baharum telah menemui ajal di atas kapal yang diterajuinya. | |
Persoalan simpati atas penderitaan hidup orang lain | Isteri Kapten Mamat simpati terhadap penderitaan yang ditanggung oleh Masnah setelah kehilangan suami | |
Persoalan keredhaan menghadapi ketentuan Illahi | Masnah akhirnya redha dengan ketentuan Illahi, iaitu setiap yang hidup pasti akan mati | |
Persoalan tanggungjawab membantu golongan kurang bernasib baik | Kapten Mamat memberitahu bahawa dia akan membantu Masnah dengan cara meminta persatuan membayar pampasan kepada Masnah | |
Persoalan ketabahan menghadapi cabaran hidup | Kapten Mamat menyeru supaya Masnah tabah dan berani menghadapi kehidupan walaupun tanpa suami | |
Persoalan kecelaruan masa depan akibat kehilangan tempat bergantung | Masnah berasa demikian setelah suaminya Baharum meninggal dunia. Akibat daripada itu juga dia mengalami tekanan perasaan. Akhirnya Masnah bercadang untuk memulakan kehidupan barunya di kampung | |
Plot | Permulaan | Pembaca diperkenalkan dengan watak Kapten Mamat yang sedang duduk berehat di rumahnya ketika cuaca panas terik dengan tidak berbaju sambil terkenangkan peristiwa kematian Baharum, seorang kelasi yang terjatuh dari atas tiang geladak lalu terhempas ke petak besi |
Perkembangan | Kapten Mamat terus mengimbas kembali suasana ketika tragedi itu berlaku. Dia terkenangkan anak-anak Baharum yang menjadi yatim dan isterinya menjadi balu . Dia juga mengimbas kembali saat-saat getir ketika menjalankan tugas syarikat semasa menjadi kapten kapal. Tiba-tiba dia dikunjungi Masnah dan anak-anaknya. kapten Mamat tersentuh perasaan melihat anak Masnah yang bertanyakan ayahnya. | |
Perumitan | Konflik timbul apabila Kapten Mamat cuba menasihati dan memberikan motivasi kepada Masnah agar jangan terlalu mengikut perasaan sedih setelah kematian suami kerana nasibnya sedang diperjuangkan oleh kesatuan. Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal seperti bapa mereka. | |
Klimaks | Mansa tertekan sehingga pitam. Kapten Mamat berjaya memulihkan Masnah buat sementara waktu berdasarkan pengalamannya ketika mengemudi kapal dahulu. | |
Peleraian | Masnah sedar daripada pitam dan Kapten Mamat berjanji untuk membela nasibnya di samping menasihati Masnah agar membuat pemeriksaan doktor. Masnah pula menyatakan hasratnya untuk pulang ke kampung. Masnah akhirnya menerima takdir Allah. | |
Nilai | Simpati | Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian Baharum |
Kasih sayang | Masnah amat mengasihi suaminya sehingga sukar untuk menerima kematian suaminya | |
Berani | Kapten Mamat berani menghadapi cabaran bekerja di laut | |
Redha | Masnah akhirnya menerima kecelakan yang menimpa suaminya adalah kehendak Allah | |
Tanggungjawab | Kapten Mamat bertanggungjawab atas nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya sehingga berjanji untuk membantu Masnah melalui kesatuan | |
Baik hati | Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika masnah berkunjung ke rumahnya | |
Pengajaran | Kita hendaklah bersimpati terhadap golongan yang bernasib kurang baik supaya kehidupan mereka selesa | Kapten Mamat bersimpati dengan nasib yang menimpa Masnah dan anak-anaknya setelah kematian suaminya, Baharum |
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga kerana mereka menjadi tempat bermanja | Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia merasakan hidupnya tidak tentu arah setelah kematian suaminya itu | |
Kita hendaklah sabar menghadapi permasalah dalam hidup | Kapten Mamat meminta supaya Masnah bersabar dan tabah menghadapi dugaan hidup walaupun dugaan itu sangat menyakitkan | |
Kita hendaklah menerima ketentuan Illahi dengan hati terbuka | Masnah akhirnya menerima peristiwa kematian suaminya yang merupakan takdir Illahi |
Watak & perwatakan | Perwatakan dalaman | Huraian |
Kapten Mamat | Prihatin | Kapten Mamat prihati dengan nasib yang menimpa Masnah setelah kematian suaminya |
Bertanggungjawab | Kapten Mamat berjanji akan membantu Masnah melalui kesatuan | |
Baik hati | Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik ketika Masnah datang ke rumahnya | |
Masnah | Penyayang | Masnah sangat menyayangi suaminya sehingga dia sukar menerima kenyataan kematian Baharum |
Menerima ketentuan Illahi | Mansa akhirnya menerima kematian suaminya sebagai takdir | |
Berpandangan jauh | Masnah tidak mahu anak-anaknya bekerja di atas kapal dan merancang untuk pulang ke kampung |
Latar | Pernyataan | Huraian |
Latar masa | Tengah hari | Cuaca panas terik dan berangin sehingga langsir rumah Kapten Mamat berterbangan dan dia membuka baju |
Latar tempat | Rumah Kapten Mamat | Masnah dan anak-anaknya berkunjung ke rumah Kapten Mamat |
Kapal | Baharum mati di atas kapal yang diketuai oleh Kapten Mamat | |
Latar masyarakat | Masyarakat yang cekap menghadapi cabaran | Kapten Mamat berjaya menghadapi situasi cemas ketika Masnah pitam |
Masyarakat yang bertanggungjawab | Kapten Mamat bertanggungjawab membantu Masnah dan anak-anaknya melalui kesatuan | |
Masyarakat yang sukar menerima kenyataan | Masnah pada mulanya sukar untuk menerima kematian suaminya | |
Masyarakat yang redha dengan ketentuan Illahi | Masnah akhirnya menerima kematian suaminya dengan redha | |
Masyarakat yang baik hati | Kapten Mamat melayan Masnah dan anak-anaknya dengan baik |
cg , nak copy buleh ? :)
ReplyDelete