Wednesday 4 January 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2012

PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 2012
DI SM SAINS TENGKU MUHAMMAD FARIS PETRA
4 JANUARI 2012 (RABU)











Hari ini,  4/1/2012 (Rabu), semua pelajar tingkatan 1 yang terpilih ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) telah mendaftar di SBP yang terpilih. SM Sains Tengku Muhammad Faris Petra menerima senarai calon tingkatan 1 seramai 151 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 104 orang pelajar datang mendaftar hari ini dan selebihnya diberi ruang selama 7 hari untuk mendaftar. Rata-rata pelajar yang mendaftar sangat teruja datang ke bumi Faris Petra. Penulis sempat berjumpa dengan beberapa keluarga dari luar Kelantan dan rata-rata mereka sangat gembira anak mereka terpilih ke Faris Petra. Semoga pelajar tingkatan 1 tahun 2012 dapat menggunakan peluang ini dengan sebaik mungkin kerana daripada 34000 orang yang mendapat 5A dalam UPSR 2011, hanya 7400 orang pelajar terpilih ke SBP dan anda bertuah terpilih ke Faris Petra. TAHNIAH.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...