Harimau Sumatera terperangkap diselamatkan

AFP SEEKOR harimau Sumatera yang diselamatkan selepas memasuki perangkap di dalam hutan Muara Aman, Bengkulu kelmarin. 
JAKARTA - Seekor harimau Sumatera yang hampir pupus ditemui dengan  kecederaan serius di seluruh badannya akibat terkena bahan tajam selepas  termasuk dalam satu perangkap di dalam hutan Muara Aman di wilayah  Bengkulu, kata beberapa pegawai semalam.
Harimau jantan berusia lima tahun itu ditemui kelmarin dengan kesan  sembilan kecederaan dipanah, kata seorang ketua agensi pemuliharaan  hidupan liar, Supartono.
"Semasa kami menemui haiwan itu, harimau tersebut terbaring lemah di  tanah dengan kaki kiri terangkat, terperangkap dalam perangkap wayar  yang dipasang pada dahan sebatang pokok," katanya.
Menurutnya, perangkap itu dipercayai dipasang oleh pemburu haram untuk menjual organ haiwan tersebut di pasaran gelap.
Harimau itu kemudian diselamatkan oleh para pegawai agensi pemuliharaan itu. - AFP
(Sumber : Kosmo Online - 11/1/2012) 
 
 
No comments:
Post a Comment