Thursday, 12 January 2012

CHONG WEI MARA..

Terbuka Malaysia: Chong Wei ke suku akhir, Lin Dan tewas

12/01/2012 9:58pm

KUALA LUMPUR 12 Jan. – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei semakin menghampiri kejuaraan kelapan Siri Super Terbuka Malaysia apabila melangkah ke suku akhir perseorangan lelaki di Stadium Putra, Bukit Jalil di sini, hari ini.
Pemain nombor satu dunia itu mudah menewaskan lawannya, Kazushi Yamada dari Jepun pada set pertama 21-8, namun kehilangan fokus pada set kedua sehingga membenarkan Yamada mendahului 12-4.
Bagaimanapun, pilihan utama kejohanan itu berjaya bangkit untuk akhirnya memenangi perlawanan dengan mata 21-18.
"Masa set kedua saya sedikit hilang fokus, mungkin kerana ada gangguan ”angin” yang kuat (di gelanggang) jadi saya sedikit takut untuk bermain seperti biasa,” katanya kepada media selepas perlawanan.
Beliau dijadualkan bertemu pemain Indonesia, Taufik Hidayat pada peringkat suku akhir esok.
Dalam satu lagi perlawanan perseorangan lelaki, Jan O Jorgensen dari Denmark melakukan upset dengan mengalahkan pemain nombor dua dunia Lin Dan dari China 14-21, 21-15, 21-15. – BERNAMA

(Sumber : Utusan online - 12/1/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...