Tuesday, 24 January 2012
MYVI 'TERBANG'....
KOTA BHARU – Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum ‘terbang’ ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.
Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.
“Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.
“Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu,” katanya ketika dihubungi semalam.
(Sumber : Harian Metro Online - 12/1/2012)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda. Berd...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
No comments:
Post a Comment