Monday, 9 January 2012

PROSEDUR KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 1 SBP

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN SATU (1) SBP
1.   Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Satu (1) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak dua (2) salinan maklumat permohonan.
3.       Salinan pertama maklumat permohonan diserahkan kepada Guru Besar Sekolah masing-masing.
4.       Salinan kedua maklumat permohonan dihantar kepada Pengetua SBP mengikut pilihan murid.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Kebangsaan (SK).
3.   Memperolehi 5A atau 4A 1B dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dengan mata pelajaran Matematik dan Sains memperoleh gred A.
4.       Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN SATU (1) SBP
1.  Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 45 hari setelah keputusan UPSR diumumkan.
2.       Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
·         Kaunter BPSBPSK
·         Talian hotline BPSBPSK
·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran

Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.
  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
·          Warganegara Malaysia.
·         Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas
       daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
·   Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
·      Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
(Sumber : www.moe.gov.my)

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...