Monday, 16 January 2012

GUNNERS TUMBANG

Gunners tumbang mengejut di Swansea


PEMAIN Arsenal, Aaron Ramsey (tengah) cuba memperdayakan penjaga gol Swansea, Michel Vorm pada perlawanan Liga Perdana Inggeris semalam. - AFP


LONDON - Arsenal menerima tamparan hebat dalam usahanya untuk merebut kedudukan empat teratas Liga Perdana Inggeris apabila mengalami kekalahan mengejut 2-3 kepada Swansea City di Stadium Liberty, semalam.
Skuad Gunners memerlukan kemenangan untuk terus menghambat pasukan tangga keempat, Chelsea, malangnya gol kemenangan Danny Graham pada babak kedua memberikan kekalahan kedua berturut-turut buat kelab London itu.
Arsenal, yang kalah kepada Fulham dalam perlawanan liga terakhir mereka kini ketinggalan empat mata kepada Chelsea dan 10 mata di belakang pasukan tangga ketiga, Tottenham untuk menghuni tangga kelima.

(Sumber : Utusan online - 17/1/2012)

No comments:

Post a Comment

SOALAN 2 PENJAGAAN TERHADAP WARGA TUA SEPATUTNYA DIBERIKAN KEUTAMAAN OLEH AHLI KELUARGA . BERIKAN HUJAH-HUJAH ANDA UNTUK MENYOKO...