Jaringan Scholes tutup mulut pengkritik - Fergie
|
|
MANCHESTER - Alex Ferguson tampil menolak segala kritikan terhadap Paul Scholes selepas pemain itu menjaringkan gol pada perlawanan yang menyaksikan Manchester United menewaskan Bolton 3-0 dalam liga, kelmarin.
Penampilan bekas pemain England berusia 37 tahun itu kelmarin, menutup kelemahan United sebelum ini ketika kalah dalam dua perlawanan kepada Blackburn dan Newcastle.
Jaringan Scholes yang ke-103 dalam karier liga, turut menutup mulut pengkritik yang mempertikai tindakan Ferguson baru-baru ini membawa masuk semula pemain yang telah bersara itu.
''Dia mempunyai deria menjaringkan gol, kelebihan yang dimilikinya sejak kecil. Dia membuktikannya, semalam.
''Dia adalah antara pemain terhebat United. Dia sebelum ini dikritik tetapi anda lihatlah permainannya semalam. Lihat kualitinya, anda tidak rugi sebenarnya.
''Dia berlatih dengan gigih sejak kebelakangan dan kami membawanya masuk tepat pada masanya. Dia memberi sepenuh kepercayaan itu dengan menjaringkan gol,'' kata pengurus United itu.
Jaringan Scholes dianggap menyuntik kemenangan, kelmarin selepas Wayne Rooney gagal menyempurnakan sepakan penalti dalam babak pertama permainan. - AFP
(Sumber : utusan online - 16/1/2012)
No comments:
Post a Comment