Penulis ingin mengemukakan pendapat mengenai Ops Sikap yang dilancarkan oleh pihak polis setiap kali sambutan perayaan sama ada Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas. Kini Ops Sikap telah memasuki edisi ke-25. Maknanya sudah 25 operasi telah dilakukan oleh pihak polis untuk mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia terutama semasa musim perayaan. Apa yang menimbulkan minat penulis ialah pelbagai uslub dan minhaj telah dilakukan oleh pihak polis bagi mengekang kemalangan jalan raya tetapi kemalangan tetap berlaku terutama dalam kalangan penunggang motosikal yang mencatatkan bilangan maut yang paling tinggi setiap kali Ops Sikap dilancarkan. Bagi penulis, sikap penunggang dan pemandu kenderaan sudah tidak mampu diubah lagi. Mereka menunggang dan memandu tanpa mempedulikan keselamatan orang lain. Mereka hanya memikirkan diri mereka sendiri. Sudah tiba masanya pihak polis mengambil uslub lain untuk membendung masalah ini. Penulis mencadangkan supaya pihak polis menggunakan peruntukan undang-undang yang ada agar penunggang dan pemandu yang menyebabkan kemalangan dan kematian perlu dipenjarakan supaya mereka insaf dan pengguna jalan raya yang lain akan mendapat pengajaran daripadanya. Pendekatan mendidik sudah tidak berjaya lagi dalam kalangan masyarakat kini. Sudah tiba masanya pendekatan yang lebih berat perlu dilakukan oleh pihak polis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Huraikan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Contoh jawapan: Novel yang saya kaji ialah novel Sutera D...
-
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji i...
No comments:
Post a Comment