Pertama sekali penulis ingin mengucapkan Selamat Tahun Baru Cina kepada masyarakat Tionghua yang merayakan Tahun Naga kali ini. Penulis melihat perayaan pada tahun ini berlangsung dengan tertib dan harmoni sekali. Masyarakat pelbagai kaum sama-sama memeriahkan Tahun Baru Cina dalam keadaan aman dan sejahtera. Masyarakat dapat berkongsi adat dan budaya kaum lain dan inilah kunci kepada perpaduan kaum di Malaysia yang masih utuh hingga sekarang. Penulis melihat masyarakat yang menyambut perayaan ini juga tidak ghairah untuk bermain mercun dan suasana ini begitu tenteram sekali. Penulis juga melihat kemalangan maut yang dicatatkan dalam Ops Sikap ke-25 juga menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu. Mungkin Tahun Naga yang disambut oleh masyarakat cina pada tahun ini membawa tuah kepada mereka. SELAMAT TAHUN BARU CINA.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Assalamualaikum. Saya akan kemas kini blog ini dengan bahan bahasa Melayu SPM format baharu KSSM
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
-
Soalan : Huraikan perwatakan bagi watak utama dalam novel yang telah anda kaji. Contoh jawapan: Novel yang saya kaji ialah novel Sutera D...
-
Soalan : Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, jelaskan nilai keberanian yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya kaji i...
No comments:
Post a Comment