Monday 9 January 2012

PROSEDUR KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN 4 SBP

PROSEDUR PERMOHONAN MURID KE TINGKATAN EMPAT (4) SBP
 
1.       Murid memohon menggunakan Sistem Permohonan Atas Talian Tingkatan Empat (4) melalui laman web KPM http://www.moe.gov.my
2.       Murid mencetak satu (1) salinan maklumat permohonan.
3.       Salinan maklumat permohonan diserahkan kepada Pengetua sekolah asal masing-masing.
SYARAT PEMILIHAN MURID TINGKATAN EMPAT (4) SBP
1.       Warganegara Malaysia
2.       Murid Sekolah Bantuan Penuh Kerajaan atau Bantuan Kerajaan.
3.       Kelayakan akademik PMR seperti berikut:
·         Memperolehi gred A bagi enam (6) mata pelajaran tidak termasuk mata pelajaran Bahasa Antarabangsa (Bahasa Arab/Bahasa Jepun/Bahasa Perancis/Bahasa Jerman/Bahasa Mandarin).
·         Mesti memperoleh gred A bagi mata pelajaran Matematik dan Sains.
·         Memperoleh sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran yang lain. 
4.       Aktif dalam kokurikulum.
KEPUTUSAN PEMILIHAN DAN PENEMPATAN MURID TINGKATAN EMPAT (4)
1.       Keputusan akan diumumkan selewat-lewatnya dalam tempoh 30 hari setelah keputusan PMR diumumkan.
2.       Semakan keputusan boleh dibuat melalui ketetapan berikut:
·         Laman Web Kementerian Pelajaran Malaysia www.moe.gov.my
·         Kaunter BPSBPSK
·         Talian hotline BPSBPSK
·         Kaunter JPN / PPD yang berhampiran
3.       Surat tawaran akan dihantar terus kepada alamat pos pemohon.

  1. Tawaran hanya sah sekiranya memenuhi syarat-syarat seperti berikut:
·          Warganegara Malaysia.
·         Lulus pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah, sihat tubuh badan dan bebas    
       daripada sebarang penyakit kronik, penyakit lelah atau penyakit berjangkit.
·         Bersetuju menerima Sekolah Berasrama Penuh yang ditawarkan dan menerima aliran yang ditetapkan.
·         Bersetuju mematuhi sepenuhnya semua peraturan dan arahan Sekolah Berasrama Penuh yang berkaitan.
(Sumber : www.moe.gov.my)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...