Tuesday 10 January 2012

MESSI PEMAIN TERBAIK DUNIA



ZURICH, Switzerland - Lionel Messi dinobatkan sebagai Pemain Terbaik Dunia (FIFA Ballon d'Or) 2011 dalam satu majlis gala di Zurich kelmarin.
Ini adalah kali ketiga bintang Barcelona itu memenangi gelaran berprestij yang dianugerahkan kepada pemain-pemain bola sepak terhebat di dunia.
Messi, 24, berjaya mengatasi pencabar terdekatnya dari Real Madrid, Cristiano Ronaldo dan rakan sepasukan dari Barca, Xavi.
"Ia suatu kepuasan peribadi," kata Messi.
"Ini kali ketiga saya memenanginya. Ia suatu penghormatan yang luar biasa. Saya mahu berterima kasih kepada semua orang yang terlibat, rakan sepasukan saya, jurulatih, fisioterapis, Pep Guardiola dan semua orang di Barcelona.
"Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada skuad kebangsaan Argentina," katanya.
Messi muncul pemain kedua selepas presiden Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Michel Platini yang memenangi anugerah berkenaan buat tahun ketiga berturut-turut.

(Sumber : Kosmo online - 11/1/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...