Tuesday 24 January 2012

THE RED WARRIORS..


Alhamdulillah. Setelah empat perlawanan, TRW kini menghuni carta atas Liga Super mengatasi pasukan lain. Setelah empat perlawanan, kini penulis dapat melihat bahawa pasukan-pasukan seperti Perak, Terengganu, T Team dan Selangor antara pencabar yang akan menggugat TRW menjulang kejuaraan trebble pada tahun ini. Penulis melihat setakat ini masih ada ruang yang perlu diperbaik untuk merealisasikan hasrat tersebut. Pemain-pemain perlu menunjukkan persefahaman yang jitu dan penyerang perlu lebih mengganas di pintu gol. Panulis juga mengharapkan pemain-pemain import seperti Ghaddar dan Antwi menunjukkan kekuatan sebenar supaya TRW kelihatan garang. Ghaddar tidak boleh menunggu bola sahaja dan Antwi perlu mengawal bola dengan baik. Mat Yo sudah menunjukkan kehebatannya dan gandingannya dengan Ghaddar atau Antwi perlu lebih tajam lagi dipintu gol. Penulis memuji TRW kerana dapat mengawal emosi ketika pasukan lawan menggunakan kekerasan. Hal ini menjadi perisa baharu kepada kekuatan TRW. Teruskan perjuangan anda. Semoga TRW mampu merangkul tiga piala pada tahun ini iaitu Juara Liga Super, Juara Piala FA dan Juara Piala Malaysia. INSYAALLAH...

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...