Monday, 23 January 2012

MU HEBAT ATAU WENGER SILAP..?

Wenger tak mengaku silap



Pemain Manchester United, Antonio Valencia (tengah) melakukan tandukan yang memberikan gol pembukaan pasukannya ketika menentang Arsenal pada Liga Perdana Inggeris semalam. Perlawanan berakhir United menang 2-1. - AFP



LONDON - Arsene Wenger mempertahankan tindakannya yang menjadi punca Arsenal kalah 1-2 kepada Manchester United dalam aksi Liga Perdana Inggeris di Stadium Emirates, semalam.
Pengurus kelahiran Perancis itu melakukan kesilapan besar apabila membawa masuk pemain sayap Rusia, Andrey Arshavin menggantikan Alex Oxlade-Chamberlain pada hujung permainan.
Persembahan hambar Arsenal pada babak pertama dihukum oleh jaringan Antonio Valencia untuk meletakkan United di depan.
Namun skuad bimbingan Wenger yang dibelenggu kecederaan meraih gol penyamaan menerusi Robin van Persie selepas rehat.
Arsenal yang dilihat berpeluang mencatat kemenangan pada separuh masa kedua, namun dinafikan menerusi tindakan Wenger yang menggantikan Oxlade-Chamberlain yang memberikan persembahan dinamik pada penampilan sulung dalam kesebelasan utama Gunners.
Pemain itu beraksi cemerlang setelah menjadi perancang kepada jaringan Van Persie, akhirnya dikeluarkan dan digantikan dengan Arshavin.
Prestasi hambar yang dipamerkan bintang Rusia itu sejak 18 bulan lalu membangkitkan kemarahan penyokong Arsenal yang melepaskan kekecewaan mereka kepada Wenger.
Malah, kapten Gunners, van Persie dilihat menjerit 'tidak' sebagai isyarat membantah keputusan Wenger memasukkan Arshavin.
Lebih parah kesilapan Arshavin yang gagal mengawal Valencia, membolehkan pemain itu melakukan hantaran kepada Danny Welbeck untuk gol kemenangan pada minit ke-81, membuktikan mengapa penyokong berang.
Kekalahan itu mungkin bukan sesuatu yang memalukan berbanding sewaktu Arsenal dibelasah 8-2 di Old Trafford Ogos lalu.

(Sumber : Utusan online - 24/1/2012)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...