Penulis kesian melihat Datuk Lee Chong Wei terkontang-kanting seorang diri membawa nama negara di pentas antarabangsa. Sampai bila kita ingin menunggu pengganti Datuk Lee Chong Wei yang kini berusia 29 tahun dan tidak lama lagi akan menginjak 30 tahun. Penulis berpendapat sudah tiba masanya Persatuan Badminton Malaysia (BAM) membuat perubahan drastik supaya tempoh yang lama untuk menunggu pengganti Datuk Lee Chong Wei akan berakhir. Penulis melihat pemain-pemain pelapis seperti Daren Liew, Arif Latif dan Zulfadli Zulkifli perlu didedahkan di peringkat antarabangsa bermula sekarang. BAM akan kerugian jika tidak mendedahkan mereka di pentas antarabangsa. Datuk Lee Chong Wei perlu dikurangkan penyertaan dalam super siries untuk memberi peluang kepada beliau mengumpul tenaga bagi menghadapi temasya Olimpik di London tidak lama lagi dan merupakan antara medal yang belum dimenanginya lagi. Penulis melihat pemain-pemain pelapis yang disebutkan di atas perlu dihantar bertanding dalam Piala Thomas nanti dan Datuk Lee Chong Wei perlu direhatkan. Sudah sampai masanya pemain-pemain muda negara menunjukkan bakat mereka di pentas antarabangsa. Lagipun penulis melihat Piala Thomas 2012 jauh daripada jangkauan kerana kita kekurangan pemain yang setaraf dengan Datuk Lee Chong Wei. BAM perlu membuat penilaian semula dan korbankan sasaran untuk Piala Thomas tahun ini. Rangkalah program untuk mencari pengganti Datuk Lee Chong Wei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...
-
Soalan : Nyatakan dua peristiwa yang menyentuh perasaan pembaca. Jelaskan sebab-sebab peristiwa tersebut menyentuh perasaan anda. Berd...
-
Soalan : Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, huraikan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut. Novel yang saya ka...
-
Subjek merupakan konstituen dalam sesuatu ayat yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa perkataan yang berfungsi sebagai frasa na...
No comments:
Post a Comment