Kadar jenayah turun 11.1 peratus
Oleh Johari Ibrahim
2012/01/14
PUTRAJAYA: Kadar jenayah di negara ini menurun 11.1 peratus tahun lalu atau pengurangan 19,629 kes berbanding 2010, melepasi sasaran 10 peratus yang ditetapkan kerajaan.
Dalam masa sama, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata kadar jenayah jalanan turut mencatatkan penurunan 39.7 peratus, hampir memenuhi sasaran 40 peratus.

“Antara usaha yang dilaksanakan di bawah pendekatan ini termasuk operasi khas membanteras kegiatan mencuri motosikal.
“Pada tahun lalu, 154,822 motosikal diperiksa menerusi empat siri Ops Lejang yang membawa kepada penahanan 930 orang. Polis juga sudah melancarkan Ops Rentap untuk membanteras kejadian kecurian kereta dengan 1,383 orang ditahan,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.
Katanya, bagi meningkatkan usaha membanteras jenayah tahun ini, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menumpukan kepada dua inisiatif utama iaitu menerusi meningkatkan kehadiran polis di jalanan dan pembabitan lebih ramai rakyat dalam kegiatan mencegah jenayah seperti program polis masyarakat.
Beliau yakin tahun ini, polis berupaya meningkatkan kehadirannya di jalanan dengan penggandaan anggotanya serta sukarelawan seramai 62,191 yang akan digerakkan di seluruh negara, berbanding 27,162 orang pada tahun lalu.

(Sumber : berita harian online - 14/1/2012)
No comments:
Post a Comment