ZACHARIA Simukonda (kiri), Daniel Soares Neves (tengah) dan Lelo Mbele (kanan)
Penulis ingin memberi pandangan terhadap pemain import yang dibeli oleh kelab-kelab Liga Super Malaysia. Setelah saingan Liga Malaysia 2012 memasuki minggu ketiga, penulis melihat beberapa pemain import gagal menunjukkan prestasi yang dikehendaki. Penulis bersetuju dengan perubahan yang dibuat oleh FAM untuk membawa pemain import ke Liga-M musim 2012, namun beberapa pemain import yang telah ditandatangani oleh persatuan-persatuan negeri dijangka akan meninggalkan kancah Liga-M lebih awal menjelang tarikh akhir pendaftaran pemain import baharu yang bakal berakhir 13 Fenruari ini. Penulis ingin menyarankan supaya persatuan bola sepak negeri membuat keputusan yang tepat ketika membeli pemain import kerana FAM mengharapkan agar mutu bola sepak Malaysia dapat ditingkatkan dengan kehadiran pemain import. Penulis melihat hanya beberapa pemain import yang dianggap sebagai pembelian yang berbaloi, iaitu Jean Emmanuel Effa Owona (Negeri Sembilan), Francis Forkey Doe (Terengganu), Michal Kubala (Perak), Marlon Alex James (ATM) dan Ramez Dayoub (Selangor). Pemain-pemain import lain seperti Danilo Rafael Dos Santos dan Daniel Soares Neves (Kedah), Zackharia Simukonda (T-Team), Dennis Antwi (Kelantan) dan Lelo Mbele (Selangor) belum mampu menunjukkan kualiti sebagaimana yang sepatutunya ditunjukkan oleh pemain import. Selepas ini, penulis berharap apabila FAM melanjutkan pendaftaran pemain import ini, belajarlah daripada kesilapan yang lepas kerana mereka datang dengan bayaran yang tinggi dan sudah tentulah hasil yang tinggi amat dituntut daripada pemain-pemain import ini.
No comments:
Post a Comment