CERPEN: PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG
Oleh: Mohamaed Latiff Mohamed
Sinopsis
Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina peranakan. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa nanti tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Pungut perlu dijaga setiap masa oleh Mak Timah kerana Pungut menjadi bisu, pekak dan tidak boleh mengurus dirinya sendiri. Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Ada kalanya Mak Timah merungut kerana Pungut dipanjangkan umur tetapi tetap menyayangi dan akan menjaga Pungut walaupun anak lelakinya ada mencadangkan supaya Pungut dihantar ke rumah orang cacat. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut terlebih dahulu sebelum dia meninggal dunia.
Aspek-aspek komsas
ITEM | PERNYATAAN | CONTOH |
Tema | Kesabaran seorang ibu angkat menjaga anak angkat yang cacat anggota | Mak Timah tetap sabar menghadapi kehidupan seharian dengan menjaga anak angkatnya Pungut yang cacat bisu, pekak dan tidak tahu mengurus diri sendiri |
Persoalan | Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat | Mak Limah tetap menguruskan anak Pungut yang cacat walaupun sedang sakit |
Persoalan kasih sayang terhadap anak angkat | Mak Timah tetap akan memelihara Pungut walaupun dicadangkan oleh anak lelakinya supaya menyerahkan kepada rumah orang cacat. | |
Persoalan keikhlasan dalam menjaga amanah dan takdir tuhan | Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat | |
Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan | Mak Timah sentiasa berdoa supaya Tuhan mengambil nyawanya terlebih dahulu kerana tiada orang yang sanggup menjaga Pungut seperti dirinya | |
Persoalan simpati terhadap masyarakat sekitar | Mak Timah bersimpati dengan nasib Pungut yang tidak mahu dibela oleh keluarganya sendiri dan ingin membuang anak yang cacat | |
Persoalan redha dengan ketentuan Illahi | Mak Timah redha dengan ketentuan Illahi yang memanjangkan umur Pungut walaupun adakalanya dia merungut kerana terpaksa berjaga malam menguruskan Pungut | |
Persoalan menpercayai kepercayaan karut | Bomoh Dollah menyetakan Pungut terkenan patung menyebabkan dia tidak boleh membesar. Bibik mempercayai Pungut jadi begitu kerana ibunya pergi melihat wayang patung semasa mengandungkan Pungut | |
Plot | Permulaan | Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa |
Perkembangan | Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui anak itu akan dibuang | |
Perumitan | Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agat Pungut di hantar ke rumah kanak-kanak cacat | |
Klimaks | Mak Timah tetap dengan keputusannya menjaga Pungut walaupun anak-anaknya tidak memedulikan kesusahan yang ditanggungnya | |
Peleraian | Mak Timah sering berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya | |
NIlai | Kasih sayang | Seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya (Pungut) walaupun cacat anggota badan dan tidak tahu mengurus diri sendiri |
Keikhlasan | Mak Timah mengurus dan menjaga Pungut dengan ikhlas walaupun anak-anaknya tidak mempedulikan kesusahannya | |
Simpati | Mak Timah bersimpati terhadap golongan yang kurang upaya seperti Pungut sehingga sanggup membela Pungut yang ingin dibuang oleh keluarganya | |
Semangat kejiranan | Mak Timah melawat Siew Lan yang baru keluar daripada hospital | |
Setiakawan/ perpaduan | Mak Timah bertegur sapa dengan keluarga Bibik yang berketurunan Cina | |
Hormat-menghormati | Anak lelaki Mak Timah menghormati keputusan Mak Timah yang akan terus menjaga Pungut apabila ibunya menyebut perkataan mati | |
Pengajaran | Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja | Mak Timah menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga Pungut berusia 24 tahun walaupun cacat anggota badannya |
Kita hendaklah ikhlas ketika memberikan pertolongan dan tidka mengharapkan balasan | Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga Pungut dewasa | |
Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang kurang upaya | Mak Timah bersimpati dengan nasib anak yang baru dilahirkan tetapi tidak mahu dibela oleh keluarganya malah ingin membuang jika tiada orang yang akan mengambilnya | |
Kira wajar menghormati keputusan ibu bapa kerana perasaan mereka akan tersinggung | Anak lelaki Mak Timah akhirnya menghormati keputusan Mak Timah untuk terus menjaga Pungut setelah cadangannya untuk menghantar Pungut ke rumah kebajikan ditolak oleh ibunya |
tq
ReplyDeleteterima kasih :)
ReplyDeleteterima kasih di atas sumbangan nota yg sngt brguna :)ikhlas dripada plajar smk Bandaraya kota kinabalu Sabah.
ReplyDeleteCikgu amat rajin!! terima kasih banyak2 !! K.K
ReplyDeleteterima kasih banyak banyak :)
ReplyDeleteterima kasih !
ReplyDelete