Saturday 8 October 2011

CERPEN PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG



CERPEN: PUNGUT ALIAS ZAHARA ALIAS YAP SIEW HONG
Oleh: Mohamaed Latiff Mohamed

Sinopsis

Perjalanan kehidupan Mak Timah dalam membesarkan anak angkatnya yang cacat selama 24 tahun. Kisah bermula dengan imbas kembali peristiwa Mak Timah yang mengambil anak angkatnya yang digelar Pungut (diberi nama Zahara, nama asal Yap Siew Hong) yang diambil daripada keluarga Bibik yang berketurunan Cina peranakan. Pada peringkat awal Mak Timah berharap saiz Pungut akan berubah apabila dia besar dan boleh membantunya apabila dewasa nanti tetapi sebaliknya pula berlaku apabila Pungut perlu dijaga setiap masa oleh Mak Timah kerana Pungut menjadi bisu, pekak dan tidak boleh mengurus dirinya sendiri. Mak Timah terpaksa menguruskan segalanya. Ada kalanya Mak Timah merungut kerana Pungut dipanjangkan umur tetapi tetap menyayangi dan akan menjaga Pungut walaupun anak lelakinya ada mencadangkan supaya Pungut dihantar ke rumah orang cacat. Mak Timah berdoa agar Tuhan mengambil nyawa Pungut terlebih dahulu sebelum dia meninggal dunia.

Aspek-aspek komsas

ITEM
PERNYATAAN
CONTOH
Tema
Kesabaran seorang ibu angkat menjaga anak angkat yang cacat anggota
Mak Timah tetap sabar menghadapi kehidupan seharian dengan menjaga anak angkatnya Pungut yang cacat bisu, pekak dan tidak tahu mengurus diri sendiri
Persoalan










Persoalan ketabahan dalam menjalankan tanggungjawab yang berat
Mak Limah tetap menguruskan anak Pungut yang cacat walaupun sedang sakit
Persoalan kasih sayang terhadap anak angkat
Mak Timah tetap akan memelihara Pungut walaupun dicadangkan oleh anak lelakinya supaya menyerahkan kepada rumah orang cacat.
Persoalan keikhlasan dalam menjaga amanah dan takdir tuhan
Mak Timah hairan memikirkan orang sekarang yang tidak ikhlas dalam membantu orang lain. Dia tidak membenarkan anak lelakinya menghantar Pungut ke rumah kanak-kanak cacat
Persoalan kejujuran dalam memberi kebajikan tanpa mengharapkan balasan
Mak Timah sentiasa berdoa supaya Tuhan mengambil nyawanya terlebih dahulu kerana tiada orang yang sanggup menjaga Pungut seperti dirinya
Persoalan simpati terhadap masyarakat sekitar
Mak Timah bersimpati dengan nasib Pungut yang tidak mahu dibela oleh keluarganya sendiri dan ingin membuang anak yang cacat
Persoalan redha dengan ketentuan Illahi
Mak Timah redha dengan ketentuan Illahi yang memanjangkan umur Pungut walaupun adakalanya dia merungut kerana terpaksa berjaga malam menguruskan Pungut
Persoalan menpercayai kepercayaan karut
Bomoh Dollah menyetakan Pungut terkenan patung menyebabkan dia tidak boleh membesar. Bibik mempercayai Pungut jadi begitu kerana ibunya pergi melihat wayang patung semasa mengandungkan Pungut
Plot














Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Pungut yang bertingkah laku seperti orang kurang upaya dan dijaga keperluannya oleh Mak Timah sepanjang masa
Perkembangan
Mak Timah terkenangkan peristiwa 24 tahun lalu bagaimana dia mengenali Bibik dan mengambil anak Siew Lan yang baru dilahirkan sebagai anak angkat yang sah kerana tidak sampai hati apabila mengetahui anak itu akan dibuang
Perumitan
Konflik timbul apabila anak Mak Timah mula bertengkar tentang Pungut dan mencadangkan agat Pungut di hantar ke rumah kanak-kanak cacat
Klimaks
Mak Timah tetap dengan keputusannya menjaga Pungut walaupun anak-anaknya tidak memedulikan kesusahan yang ditanggungnya
Peleraian
Mak Timah sering berdoa agar Pungut mati terlebih dahulu sebelum dirinya
NIlai
Kasih sayang
Seorang ibu angkat (Mak Timah) mengasihi anak angkatnya (Pungut) walaupun cacat anggota badan dan tidak tahu mengurus diri sendiri
Keikhlasan
Mak Timah mengurus dan menjaga Pungut dengan ikhlas walaupun anak-anaknya tidak mempedulikan kesusahannya
Simpati
Mak Timah bersimpati terhadap golongan yang kurang upaya seperti Pungut sehingga sanggup membela Pungut yang ingin dibuang oleh keluarganya
Semangat kejiranan
Mak Timah melawat Siew Lan yang baru keluar daripada hospital
Setiakawan/ perpaduan
Mak Timah bertegur sapa dengan keluarga Bibik yang berketurunan Cina
Hormat-menghormati
Anak lelaki Mak Timah menghormati keputusan Mak Timah yang akan terus menjaga Pungut apabila ibunya menyebut perkataan mati
Pengajaran
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga sungguhpun statusnya hanya anak angkat sahaja
Mak Timah menyayangi Pungut dan memeliharanya sehingga Pungut berusia 24 tahun walaupun cacat anggota badannya
Kita hendaklah ikhlas ketika memberikan pertolongan dan tidka mengharapkan balasan
Mak Timah begitu ikhlas memelihara Pungut sehingga Pungut dewasa
Kita hendaklah bersimpati dengan nasib orang kurang upaya
Mak Timah bersimpati dengan nasib anak yang baru dilahirkan tetapi tidak mahu dibela oleh keluarganya malah ingin membuang jika tiada orang yang akan mengambilnya
Kira wajar menghormati keputusan ibu bapa kerana perasaan mereka akan tersinggung
Anak lelaki Mak Timah akhirnya menghormati keputusan Mak Timah untuk terus menjaga Pungut setelah cadangannya untuk menghantar Pungut ke rumah kebajikan ditolak oleh ibunya


6 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...