Friday, 7 October 2011

PROSA KLASIK MERAH SILU


ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM PROSA TRADISIONAL MERAH SILU

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Tema
Ketabahan seorang anak raja dalam menghadapi cabaran hidup
Merah silu menjadi yatim piatu setelah kematian kedua-dua ibu bapa dan terpaksa merantau dengan adiknya Merah Hasum meninggalkan Semerlanga dan membuka petempatan baru di Beruana. Merah Silu terpaksa berpindah lagi kerana sikapnya tidak disenangi oleh adiknya. Dia berpindah ke Hulu Karang tetapi tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbaunya telah merosakkan tanaman mereka. Merah Silu menetap pula di Buluh Telang apabila dipelawa oleh Megat Iskandar. Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun
Persoalan

Persoalan perselisihan antara adik-beradik
Perselisihan faham di antara Merah Silu dan Merah Hasum kerana tindakan Merah Silu yang menangkap kerbau liar tidak disukai oleh Merah Hasum dan dianggap memalukannya
Persoalan perkara di luar logik akal
Keistimewaan seseorang keturunan raja digambarkan dengan peristiwa aneh misalnya cacing gelang-gelang yang direbus oleh Merah Silu bertukar menjadi emas dan buihnya menjadi perak
Persoalan keberanian anak raja
Merah Silu menghadapi beberapa peperangan dengan Sultan Malikul Nasar sehingga dia dirajakan di Rimba Jerun
Persoalan sikap pemurah dalam kalangan masyarakat
Merah Silu yang suka menyabung ayam memberi hadiah seekor kerbau kepada orang terlibat menyabung ayam dan juga kepada yang hanya datang melihat sahaja malah dia juga memberi semula wang pertaruhan kepada mereka yang kalah
Persoalan kegemaran berjudi dalam kalangan masyarakat
Merah Silu suka menyabung ayam dan menggunakan wang pertaruhan
Persoalan peperangan saudara
Berlaku peperangan antara saudara dan ahli keluarga. peperangan antara Raja Ahmad dan Raja Muhammad yang merupakan ayahanda kepada Puteri Betong dan Merah Gajah. Peperangan kedua antara Sultan Malikul Nasar dengan kekandanya Megat Iskandar di Kumat.
Watak & perwatakan

Merah Silu
Tidak mudah berputus asa
Merah Silu berulang kali menahan buba walaupun hasilnya hanya cacing gelang-gelang
Berani
Merah Silu terlibat dalam beberapa siri peperangan
Pemurah
Merah Silu suka memberi hadiah kerbau kepada sesiapa yang terlibat dalam sabung ayam
Tabah
Walaupun Merah hasum tidak menyukai beberapa perkara yang dilakukannya, Merah Silu tabah dan menganggapnya sebagai cabaran
Watak & perwatakan

Merah Hasum
Menghormati saudara
Dia bersetuju dengan pandangan Merah Silu untuk berpindah dari negeri Semerlanga
Tidak suka melakukan perkara sia-sia
Dia marahkan Merah Silu kerana menangkap kerbau liar
Tegas
Dia menyuruh Merah Silu meninggalkan Peruana jira tidak mahu menghentikan perbuatan menangkap kerbau liar
Prihatin
Sentiasa mengambil tahu apa yang dilakukan dan apa yang berlaku lepada Merah Silu daripada orang-orangnya
Latar masa
Waktu malam
Semasa Puteri Betong tidur, Merah Gajah mencabut sehelai rambut Puteri Betong yang berwarna keemasan menyebabkan kematiannya
Waktu siang
Merah Silu pergi ke tepi sungai dan ternampak banyak ikan
Latar tempat







Negeri Semerlangan
Tempat asal Merah Silu dan Merah Hasum sebelum keluar merantau
Beruana
Perkampungan baru yang dibuka oleh Merah Silu dan Merah Hasum
Hulu Karang
Merah Silu tidak disukai oleh penduduk di situ kerana kerbau-kerbau Merah Silu merosakkan tanaman padi dan pisang mereka
Negeri Buluh Betong
Menetap di situ setelah dipelawa oleh Megat Iskandar
Latar masyarakat
Masyarakat bangsawan
Merah Silu, Merah hasum, Puteri Betong, Merah Gajah, Raja Ahmad, Raja Muhammad, Megat Iskandar, Megat Kedah dan Sultan Malikul Nasar
Masyarakat yang suka menyabung ayam
Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung ayam dengan Merah Silu
Masyarakat bawahan
Orang yang diupah untuk mengorek lubang besar bagi menangkap kerbau liar
Masyarakat yang suka membantu
Megat Iskandar mempelawa Merah Silu menetap di situ
Masyarakat askar
Golongan yang terlibat dalam beberapa siri peperangan
Nilai
Taat setia
Rakyat mematuhi perintah raja untuk berperang sehingga melibatkan banyak kehilangan nyawa
Murah hati
Merah Silu menghadiahkan seekor kerbau kepada setiap orang yang hadir ke gelanggang sabung ayam
Keberanian
Merah Silu berani berperang menentang Sultan Malikul Nasar untuk menjadi raja di Rimba Jerun
Berdikari
Merah Silu keluar mencari petempatan baru sendirian setelah dihalau oleh Merah HasumTaat setia askar dan hamba raja
Taat setia
Hulubalang Sultan Malikul Nasar, iaitu Tun Aria Benong taat kepada Sultan Malikul Nasar
Pengajaran
Kita hendaklah berani menghadapi cabaran agar kecelakaan dapat dielakkan
Awang Sulung berani berlawan dengan lanun-lanun seorang diri untuk memastikan Tuan Puteri selamat dalam pelayaran
Kita hendaklah insaf apabila melakukan kesilapan agar orang lain tidak membenci kepada kita
Tuanku Nakhoda Tua insaf dan memohon maaf kepada Awang Sulung setelah mengetahui perkara yang sebenar
Kita perlu saling mengasihi supaya hubungan berkekalan
Awang Sulung dan Tuan Puteri saling menyayangi selepas berkahwin
Jangan kita menipu orang lain kerana perbuatan tersebut akan mendatangkan musibah
Jurumudi menerima hukuman atas perbuatannya menipu Tuanku Nakhoda Tua
Jangan kita meninggalkan kawan kita yang berada dalam kesusahan
Jurumudi lari menyelamatkan diri apabila lanun menyerang geliung mereka
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
geliung
Bahasa Istana
Beta, santap, kekanda, ayahanda
Peribahasa
Enau mencari sigai, lesung mendapatkan antan, kecil hati
Simile
Bagai pucuk dilancarkan, bagai air di kuali, bagai purnama empat belas haribulan, bagai kilat sambar-menyambar
Unsur puisi tradisional
Pantun, seloka



No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...