Friday, 7 October 2011

DRAMA CEMPAKA BERDARAH

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DRAMA CEMPAKA BERDARAH KARYA A. RAHIM ABDULLAH

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Pemikiran
Keberanian mempertahankan hak dan maruah keluarga
Kedatangan Prof. Peter ke kampung untuk mengambil Cempaka yang dibela oleh Mak Jah sejak kecil telah mencetuskan pergaduhan antara dia dengan Zaman, mahasiswa universiti yang degil dan keras hati tetapi sangat menyayangi adiknnya sehingga berlaku tragedi yang menyayat hati.









Persoalan

Persoalan kasih sayang dalam keluarga
Mak Jah sangat menyayangi Cempaka yang dipeliharanya sejak kecil
Persoalan kepentingan pendidikan untuk masa depan
Zaman gigih belajar di sebuah universiti di Kuala Lumpur dan akan memperoleh segulung ijazah
Persoalan kekejaman penjajah
Ibu dan bapa Prof. Peter telah dibunuh oleh Jepun pada ketika dia berada di luar negara
Persoalan kegiighan berdikari
Zaman mencari tunggul kayu untuk dibuat ukiran dan bonsai kerana mampu mendatangkan pendapatan lumayan
Persoalan menghargai kepentingan alam sekitar
Zaman dan Malik menggunakan sumber hutan untuk dijadikan sebagai punca pendapatan
Persoalan keyakinan berada di pihak yang benar
Prof. Peter yakin bahawa Cempaka merupakan adik kandung yang pernah ditinggalkan ibunya di Bukit Putih
Persoalan menghormati tetamu
Mak Jah melayan Prof. Peter dengan baik walaupun pertama kali berjumpa dengannya
Persoalan mudah terpengaruh dengan kebendaan
Malik telah berubah dari segi penampilan diri setelah mengenali Prof. Peter
Watak & perwatakan



Zaman
Seorang yang berani
Zaman mengejar Prof. Peter sehingga ke dalam hutan kerana Prof. Peter telah menembak Cempaka
Seorang yang penyayang
Zaman amat menyayangi adiknya Cempaka dan bersedia memenuhi hajat Cempaka mendapatkan bunga kenanga dan buah bidara
Seorang yang degil dan keras kepala
Prof. Peter memberitahu Mak Jah bahawa zaman seorang yang degil dan keras kepala
Seorang yang berdikari
Zaman mencari tunggul kayu di hutan untuk dijadikan ukiran dan bonsai kerana mampu meraih pendapatan lumayan apabila dijual di Kuala Lumpur nanti
Seorang yang gigih belajar
Walaupun hidup dalam kemiskinan tetapi Zaman gigih belajar sehingga berada di tahun akhir dan akan mendapat ijazah
Seorang yang bertanggungjawab
Zaman bertanggungjawab menpertahankan Cempaka daripada dirampas oleh Prof. Peter
Watak & perwatakan


Mak Jah
Seorang yang penyayang
Mak Jah sangat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka ialah anak angkatnya
Seorang yang teguh pendirian
Mak Jah tetap dengan pendiriannya bahawa Cempaka bukan adik kepada Prof. Peter
Seorang yang bertanggungjawab
Mak jah bertanggungjawab terhadap keselamatan Cempaka apabila meminta Cempaka masuk ke bilis apabila Prof. Meter datang ke rumah mereka
Seorang yang menghormati tetamu
Mak Jah menghormati Prof. Peter dan melayan Prof. Peter yang datang ke rumahnya dengan baik walaupun tidak mengenalinya sebelum ini
Watak & perwatakan

Prof. Peter
Seorang yang gigih
Prof. Peter gigih mencari adik kandungnya yang telah hilang
Seorang yang bijak menggunakan peluang
Prof. Peter menggunakan alasannya datang ke kampung untuk membuat kajian tetapi sebenarnya untuk mencari adiknya yang hilang
Seorang yang sombong
Prof. Peter menyatakan bahawa orang Melayu berfikiran sempit dan pengotor
Seorang yang teguh pendirian
Prof. Peter menegaskan bahawa Cempaka merupakan adik kandungnya


Latar masa
Tahun 1960-an
Tanah Melayu pernah dijajah oleh Jepun yang kejam membunuh penduduk kampung
Waktu pagi menjelang tengah hari
Mak Jah dan Cempaka sedang mengemas rumah dan menunggu kepulangan Zaman dari Kuala Lumpur
Waktu petang
Zaman dan Cempaka berada di hutan dan terserempak dengan Malik



Latar tempat
Rumah Mak Jah
Prof. Peter datang ke rumah Mak Jah untuk menyiasat tentang adik kandungnya yang telah hilang
Di pinggir belukar dalam sebuah kampung
Zaman dan Cempaka pergi ke situ untuk mengambil bunga kenanga dan buah bidara
Hutan
Prof. Peter lari ke hutan setelah bergelut dengan Zaman sambil dikejar oleh Zaman dengan parang






Latar masyarakat
Masyarakat yang berani mempertahankan hak
Zaman dan Mak Jah berani mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter
Masyarakat yang menyayangi ahli keluarga walaupun berbeza keturunan
Mak Jah sangat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka merupakan anak angkatnya yang dibela sejak kecil lagi
Masyarakat yang gigih belajar
Zaman gigih belajar walaupun dia miskin dan akan menamatkan pengajiannya tidak lama lagi
Masyarakat yang suka berdikari
Zaman pergi ke hutan untuk mendapatkan tunggul kayu bagi membuat ukiran dan bonsai kerana mampu mendatangkan pendapatan
Masyarakat yang tidak mementingkan pendidikan
Mak Jah tidak menyekolahkan Cempaka kerana berpendapat Cempaka orang perempuan dan tidak perlu bersekolah tinggi, cukup sekadar membezakan pokok kelapa dengan alif
Masyarakat yang yang sombong dan merendahkan bangsa Melayu
Prof. Peter bersikap biadap dengan merendah-rendahkan orang Melayu walaupun sudah merdeka
Masyarakat yang bijak mengambil peluang
Prof. Peter datang ke kampung dengan alasan membuat kajian tetapi sebenarnya mencari maklumat tentang adik kandungnya




Nilai
Keberanian
Zaman bertengkar dan bergelut dengan Prof. Peter setelah Prof. Peter menembak Cempaka
Kegigihan
Zaman gigih belajar sehingga ke tahun akhir dan akan menerima ijazah nanti walaupun miskin
Kasih sayang
Mak Jah dan Cempaka sangat menyayangi Cempaka walaupun Cempaka merupakan anak angkatnya
Tanggungjawab
Mak Jah bertanggungjawab menjaga keselamatan Cempaka dengan meminta Cempaka masuk ke biliknya apabila Prof. Peter datang ke rumahnya
Hormat-menghormati
Mak Jah menghormati Prof. Peter walaupun Prof. Peter tidak dikenalinya





Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan hak dan maruah keluarga
Zaman bertanggungjawab mempertahankan Cempaka daripada diambil oleh Prof. Peter kerana Cempaka merupakan adiknya
Kita hendaklah gigih berusaha supaya masa depan menjadi cerah
Zaman gigih belajar sehingga ke tahun akhir dan akan menerima ijazah tidak lama lagi
Kita perlu berdikari untuk meringankan beban keluarga
Zaman mencari sumber hutan untuk dibuat ukiran dan bonsai dan akan dijual di Kuala Lumpur bagi mendapatkan pendapatan sampingan
Kita hendaklah melindungi ahli keluarga dengan penuh tanggungjawab
Mak Jah meminta Cempaka masuk ke dalam bilik apabila Prof. Peter datang ke rumahnya
Kita hendaklah berhati-hati menerima kehadiran orang yang tidak dikenali
Mak Jah berhati-hati menerima kedatangan Prof. Peter kerana tidak mengenalinya sebelum ini

Gaya Bahasa
Peribahasa
Keras hati, keras kepala
Sinkof
Tuan nak buat apa di sini?, Mak Jah tak adakah anak lelaki?
Kata ganda
Betul-betul, lihat-lihat

2 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...