Friday, 7 October 2011

SELOKA EMAK SI RANDANG

ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SELOKA EMAK SI RANDANG

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk luaran
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
1 rangkap
8 baris serangkap
3 – 4 patah perkataan
8 – 10 suku kata sebaris
abbbbcac
Tema
Sikap masyarakat yang terlalu mengagungkan orang luar berbanding ahli keluarga sendiri
Emak Si Randang seorang yang baik hati sehingga rela memasakkan makanan untuk orang yang tidak dikenalinya walaupun mengabaikan anaknya sendiri. Dia sanggup berhabis semata-mata ingin melayan tetamu tersebut sehingga akhirnya dia menanggung hutang dan keputusan beras.
Persoalan

Persoalan adab melayan tetamu
Tetamu yang datang perlu dilayan dengan baik walaupun kita tidak mengenalinya
Persoalan berbelanja mengikut kemampuan
Persiapan untuk melayan tetamu perlu dilakukan mengikut kemampuan diri
Persoalan kasih sayang terhadap ahli keluarga
Ibu bapa tidak patut mengabaikan ahli keluarga sendiri demi memberikan kepuasan kepada orang lain
Persoalan rasional sebelum membuat keputusan
Sifat rasional sangat penting supaya kita tidak menghadapi masalah pada kemudian hari
Persoalan mengelakkan pembaziran dalam perbelanjaan
Perbelanjaan sehari-harian hendaklah berpada-pada dan mengikut kemampuan
Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan
Kesederhanaan sangat penting dalam kehidupan supaya kita tidak ditimpa kesusahan
Nilai
Baik hati
Emak Si randang melayan temamu yang tidak dikenalinya dengan menghidangkan makanan
Bijaksana
Emak Si Randang tidak bijak membuat keputusan kerana sanggup meruntuhkan rumahnya untuk dijadikan kayu api
Rasional
Emak Si Randang tidak membuat pertimbangan yang wajar ketika melayan tetamu sehingga sanggup mengabaikan anaknya sendiri
Jimat cermat
Emak Si Randang keterlaluan ketika berbelanja sehingga akhirnya dia ditimpa kesusahan kerana kehabisan beras
Kesederhanaan
Kehidupan yang sederhana perlu diamalkan supaya kita tidak dibebani hutang
Pengajaran
Kita hendaklah melayan tetamu yang datang walaupun kita tidak mengenalinya secara terperinci
Emak Si Randang melayan tetamu yang tidak dikenalinya dengan menghidangkan makanan walaupun mengabaikan anaknya sendiri
Kita hendaklah berbelanja secara berhemah supaya tidak ditimpa kesusahan pada kemudian hari
Emak Si Randang sanggup berhabis bagi melayan tetamunya sehingga sanggup meruntuhkan rumah untuk dijadikan kayu api
Kita perlu sayang kepada ahli keluarga sendiri berbanding orang yang tidak dikenali
Emak Si Randang mengabaikan anaknya sendiri kerana memberi perhatian kepada tetamu yang tidak dikenalinya
Kita mesti bersederhana dalam kehidupan supaya tidak ditimpa kesusahan pada kemudian hari
Kesederhanaan dalam kehidupan dapat mengelakkan seseorang ditimpa masalah hutang
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada membazir ketika berbelanja kerana ia adalah amalan syaitan
Emak Si Randang dirundum malang kerana membazir ketika berbelanja sehingga dia dibebani masalah hutang
Gaya Bahasa
Peribahasa
Kera di hutan disusui
Hiperbola
Tiada kayu rumah diruntuhkan
Sinkof
Beras habis padi tak jadi
Asonansi
Anak pulang kelaparan – vokal a
Aliterasi
Manak dipangku diletakkan – konsonan k
Anafora
Anak pulang kelaparan
Anak dipangku diletakkan


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...