Friday, 7 October 2011

GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM GURINDAM 12 FASAL YANG KEENAM

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk luaran
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
4 rangkap
2 baris serangkap
4 – 5 patah perkataan
9 – 11 suku kata sebaris
aa
Tema
Nasihat bagi memilih orang yang ingin kita dampingi
Antara nasihat ialah memilih sahabat yang boleh membantu, berguru dengan orang yang benar-benar berilmu, memilih isteri yang patuh pada suami dan mencari teman yang memiliki semangat setiakawan
Persoalan

Persoalan memilih sahabat yang boleh membantu
Disarankan supaya memilih sahabat yang boleh membantu kita ketika berada dalam kesusahan ataupun kesenangan
Persoalan memilih guru yang berilmu
Berguru dengan mereka yang benar-benar berilmu akan dapat merungkaikan segala kemusykilan
Persoalan memilih isteri yang taat pada suami
Isteri yang patuh dan taat pada suami membuatkan rumahtangga bahagia
Persoalan memilih teman yang setiakawan
Teman yang memiliki semangat setiakawan akan menyebabkan hubungan akan berkekalan
Persoalan kepentingan rasional dalam membuat keputusan
Seseorang perlu berfikir semasak-masaknya sebelum membuat keputusan supaya tidak menerima akibat buruk
Persoalan kepentingan membuat pilihan yang tepat
Pilihan yang dibuat hendaklah tepat supaya kita tidak akan menghadapi masalah kemudian hari
Nilai
Kepatuhan
Kriteria ketika memilih isteri ialah patuh pada suami supaya hubungan akan terus berkekalan
Kebijaksanaan
Kebijaksanaan sangat penting dalam membuat pilihan supaya pilihan itu menjadi tepat
Rasional
Rasional sangat penting supaya kesan buruk tidak akan menimpa kita kemudian hari
Setiakawan
Setiakwan sangat penting dalam persahabatan supaya hubungan akan terus utuh
Keikhlasan
Keikhlasan dalam setiap perhubungan amat penting untuk mengekalkan tali silaturrahim
Pengajaran
Kita hendaklah memilih sahabat yang boleh membahagiakan ketika susah ataupun senang
Kita disarankan memilih sahabat yang boleh membantu kita sama ada ketika kita susah ataupun ketika senang
Kita hendaklah bijak memilih guru kerana ia mampu menyelesaikan permasalahn diri
Guru yang benar-benar berilmu mampu menyelesaikan setiap permasalahan dalam diri
Kita perlu memilih isteri yang patuh dan taat pada suami supaya hubungan akan berkekalan
Memilih isteri yang patuh dan taat pada suami menjadi antara kriteria memilih calon isteri selain rupa paras
Kita mesti memilih teman yang memiliki semangat setiakawan supaya hubungan berkekalan
Teman yang memiliki semangat setiakawan mampu menyelami setiap permasalahan yang kita tanggung dan bersedia membantu jika diperlukan
Kita hendaklah membuat pemilihan yang tepat supaya tidak ditimpa musibah kemudian hari
Membuat pertimbangan yang wajar sebelum mengambil keputusan mampu mengurangkan permasalahan pada kemudian hari
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
Cahari
Bahasa kiasan
Menyerahkan diri
Sinkof
Cahari olehmu akan sahabat
Asonansi
Cahari olehmu akan sahabat – vokal a
Aliterasi
Yang boleh menyerahkan diri – konsonan n





No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...