Friday 7 October 2011

CERPEN PEMAIN CATUR



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN PEMAIN CATUR KARYA ZAHARAH NAWAWI

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Tema
Keruntuhan moral dalam institusi kekeluargaan sehingga berlakunya perpecahan
Sikap tidak mahu mengalah dan bertolak ansur antara Um dan Uj telah menyebabkan berlakunya perpecahan dalam keluarga mereka. Mereka sanggup berlawan sesama sendiri dalam permainan catur sehingga ibu mereka yang sedang sakit telah diabaikan








Persoalan

Persoalan perpecahan yang berlaku dalam sebuah keluarga
Sebuah keluarga yang dahulunya hebat dalam permainan catur telah berpecah belah akibat tiadanya sikap tolak ansur antara adik-beradik
Persoalan tanggungjawab terhadap ibu
Um tidak mahu menerima tawaran Uj untuk berlawan catur dengannya kerana memikirkan ibunya yang sedang sakit dan perlu diberi perhatian
Persoalan khianat dan dengki boleh memecah-belahkan keluarga
Uj sanggup melakukan apa-apa sahaja asalkan dia menang berlawan catur dengan Um
Persoalan tanggungjawab menjaga maruah keluarga
Uj berusaha menanam semangat dalam permainan catur kepada adiknya Um agar mengulangi sejarah keluarga mereka yang hebat dalam permainan catur
Persoalan keharmonian dalam keluarga harus diutamakan
Ibu mereka yang sedang sakit bimbang apabila melihat anak-anaknya bergaduh kerana boleh menjejaskan keharmonian dalam sebuah keluarga
Persoalan berani menghadapi cabaran
Um berani menghadapi cabaran abangnya Um apabila menerima pelawaan Um untuk bertarung dengannya
Watak & perwatakan


Uj
Seorang yang sombong dan ego
Uj mendakwa bahawa dirinya hebat dalam permainan catur dan tiada siapa yang boleh mengalahkannya
Seorang yang bangga dengan keturunan
Uj bangga dengan keturunannya yang hebat iaitu al-Hakam yang merupakan juara catur terbaik dunia
Seorang yang berpandangan jauh
Uj melihat adiknya Um mampu menjulang keluarga mereka dalam permainan catur
Seorang yang bersemangat tinggi
Uj sentiasa mahukan kemenangan dalam setiap perlawanan yang disertai
Watak & perwatakan

Um
Seorang yang mempunyai semangat juang yang tinggi
Um sanggup membaca buku dari luar negara untuk mendalami ilmu catur
Seorang yang mengambil berat
Um sentiasa memikirkan ibunya yang sedang sakit dan enggan menyahut cabaran abangnya
Seorang yang berani
Um sanggup menyahut cabaran abangnya walaupun dia mengetahui kehebatan yang ada pada Uj

Latar masa
3 hari 3 malam
Perlawanan catar antara Uj dan Um berlangsung selama 3 hari 3 malam
Siang
Uj mengajak Um berlawan catar dengannya

Latar tempat
Rumah keluarga Uj
Perlawanan catur antara Uj dan Um berlangsung di rumah mereka
Bilik air
Um ke bilik air semasa perlawanan catur dengan Uj


Latar masyarakat






Masyarakat yang hebat dalam permainan catur
Keluarga Uj terkenal dalam permainan catur
Masyarakat yang berani menyabhut cabaran
Um berani menyahut cabaran Uj walaupun dia mengetahui kehebatan abangnya dalam permainan catur
Masyarakat yang mementingkan diri
Uj lebih mementingkan kemenangan dalam permainan catur daripada memikirkan ibunya yang sedang sakit
Masyarakat yang bertanggungjawab
Um bertanggungjawab memikirkan ibunya yang sedang sakit daripada menyahut cabaran abangnya
Masyarakat yang bangga dengan ketuurnannya
Uj sering kali menceritakan kehebatan keluarga mereka dalam permainan catur





Nilai
Tanggungjawab
Um bertanggungjawab untuk merawat ibu mereka yang sedang sakit
Keberanian
Um menyahut cabaran abangnya yang hebat dalam permainan catur
Kasih sayang
Um menyayangi ibunya yang sedang sakit
Menghormati
Um menghormati abangnya yang hebat dalam permainan catur walaupun dia bersedia menyahut cabaran abangnya itu
Kegigihan
Um berusaha menelaah buku-buku untuk mendalami bidang catur




Pengajaran
Kita hendaklah menjaga ibu yang sedang sakit
Um merasakan bahawa mereka adik-beradik perlu memberi perhatian kepada ibu mereka yang sedang sakit
Kita hendaklah berani menyahut cabaran
Um berani menyahut cabaran Uj walaupun dia mengetahui kehebatan yang ada pada Uj dalam permainan catur
Kita hendaklah bertolak ansur supaya perpecahan dapat dielakkan
Uj dan Um tidak mahu bertolak ansur antara mereka menyebabkan hubungan adik-beradik berpecah
Kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh supaya mencapai matlamat
Um berusaha gigih mendalami bidang catur dengan menelaah buku-buku dari luar negara
Jangan kita menyimpan perasaan dengki kerana ia membawa kesan buruk
Uj meletakkan asid di kaki Um apabila dia menyedari dirinya akan kalah dalam perlawanan catur dengan Um


Gaya Bahasa
Bahasa asing – bahasa Indonesia
Ruwet
Metafora
Cahaya kepintaran
Simile
Abang Uj seperti David the Gnome
Sinkof
Kota saya tadi di kana, ni di kiri pula
Peribahasa
Batu api


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...