Friday, 7 October 2011

CERPEN ISRAK



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM CERPEN ISRAK  KARYA ERDA ROSLAN KHAIRI

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Tema
Perbezaan budaya dan kehidupan dalam sebuah keluarga
Israk yang dibesarkan di Perth, Australia mempunyai pandangan yang berbeza dengan adiknya Mikraj berkaitan dengan kehidupan kampung dan pandangan terhadap orang tua








Persoalan

Persoalan ketiadaan jati diri akibat pengaruh persekitaran
Israk telah kehilangan jati diri sebagai orang Timur kerana dia dibesarkan di Perth, Australia berbanding adiknya yang penuh dengan nilai ketimuran
Persoalan tanggungjawab bapa membina kesedaran diri anak-anak
Adam membawa pulang anak-anaknya ke kampung Wah semata-mata untuk menyedarkan anak-anak tentang kesusahan yang ditanggungnya suatu masa dahulu
Persoalan menghormati orang tua
Israk tidak menghormati Wah dan menunjukkan sikap yang sombong serta sering menyakiti hati Wah
Persoalan kasih sayag terhadap keluarga
Wah membantu menyelamatkan Israk daripada lemas di sungai walaupun Israk telah menyakiti hatinya
Persoalan sedar akan kesalahan yang dilakukan
Israk berbuah setelah dia diselamatkan oleh neneknya dan mula mengamalkan cara hidup ketimuran
Persoalan sikap terhadap kehidupan di kampung
Israk tidak menyenangi kehidupan di kampung Wah kerana kehidupannya yang mewah di bandar
Watak & perwatakan


Israk
Seorang yang sombong dan ego
Israk tidak selesa kehidupan di kampung dan tidak makan petai dan jering
Seorang yang biadab dan tidak menghormati orang tua
Israk sering merungut dan menyindir ketidakselesaan hidup di kampung sehingga menyakiti neneknya
Seorang yang degil
Israk tetap tidak menghormati neneknya walaupun sering dinasihati oleh Mikraj
Seorang yang mudan insaf
Israk berubah menjadi baik setelah dia diselamatkan oleh neneknya daripada mati lemas di sungai
Watak & perwatakan

Mikraj
Seorang yang penyayang
Mikraj seorang yang penyayang kerana dia menyayangi neneknya
Seorang yang suka menasihati
Mikraj sering menasihati Israk supaya tidak menyakiti hati neneknya
Seorang yang menghormati orang tua
Mikraj seorang yang menghormati orang tua kerana tidak pernah menyakiti hati neneknya
Watak & perwatakan

Wah
Seorang yang penyabar
Wah sabar dengan sikap cucunya Israj walaupun sering menyakiti hatinya
Seorang yang penyayang
Wah menyelamatkan Israk daripada mati lemas walaupun cucunya itu banyak kali menyakiti hatinya
Seorang yang taat perintah agama
Wah sentiasa berada dalam keadaan berwuduk



Latar masa
4 Oktober yang lalu
Beberapa orang dari Majlis daerah datang ke rumah Wah kerana ingin membeli rumah Wah bagi dijadikan pusat pelancongan
Waktu pagi
Israk pergi mandi sungai kerana bekalan air terputus
Hampir separuh hari
Israk berkurung di dalam bilik hampir separuh hari setelah diselamatkan oleh Wah


Latar tempat
Kampung Sayung
Adam membawa keluarganya pulang ke Kampung Sayung tempat dia dilahir dan dibesarkan
Sungai
Israk diselamatkan oleh neneknya daripada mati lemas di sungai belakang rumah Wah
Kebun buah-buahan
Israk engganpergi ke kebun tempat bapanya dibesarkan dan berjaya seperti sekarang


Latar masyarakat






Masyarakat yang tidak dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan kampung
Israk tidak selesa apabila dia dibawa oleh ayahnya ke kampung kerana dia dilahirkan dan dibesarkan di Perth, Australia
Masyarakat yang menghormati orang tua
Mikraj sangat menghormati neneknya dan tidak pernah menyakiti hati neneknya
Masyarakat yang lupa akan asal usul
Israk tidak ingat bahawa dia dibesarkan oleh neneknya sejak kecil
Masyarakat yang bertanggungjawab
Mikraj tidak suka sikap abangnya yang sering menyakiti hati neneknya
Masyarakat yang penyayang
Wah menyelamatkan Israk daripada mati lemas di sungai walaupun Israk sering menyakiti hatinya





Nilai
Tanggungjawab
Mikraj bertanggungjawab menasihati abangnya supaya tidak menyakiti hati neneknya
Kesabaran
Wah sabar dengan kerenah Israk walaupun hatinya sakit
Kasih sayang
Wah menyelamatkan Israk daripada mati lemas walaupun Israk menyakiti hatinya
Menghormati
Mikraj menghormati neneknya dan tidak pernah menyinggung perasaan neneknya
Keinsafan
Israk insaf akan perbuatannya kepada Wah setelah Wah menyelamatnya daripada mati lemas







Pengajaran
Kita hendaklah menghormati orang tua
Mikraj menghormati dan sayang kepada neneknya
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga
Wah menyelamatkan Israk daripada mati lemas kerana menyayangi cucunya itu
Kita hendaklah menasihati ahli keluarga yang melakukan kesilapan
Mikraj menasihati Israk supaya tidak menyakiti hati neneknya
Kita hendaklah mengamalkan budaya ketimuran dalam kehidupan
Mikraj tidak pernah lupa akan asal usul dan mengamalkan budaya ketimuran
Kita hendaklah insaf akan kesalahan yang dilakukan
Israk insaf setelah diselamatkan oleh Wah daripada mati lemas


Gaya Bahasa
Peribahasa
Suah terhantuk baru terngadah
Carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum jua
Macam anjing dengan kucing
Personifikasi
Daun pokok pisang melambai-lambainya seolah-olah mengeji
Metafora
Bara kata-kata
Simile
Pantas dan teratur sekali laksana seorang primadona
Sinkof
Abang tak mau pergi kebun?


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...