Friday, 7 October 2011

SAJAK ADAT SEZAMAN



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SAJAK ADAT SEZAMAN KARYA WAN NAZIHAH WAN ABDULLAH

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
1 rangkap
Rangkap 1 – 23 baris
1 hingga 6 patah perkataan sebaris
4 hingga 13 suku kata sebaris
Rangkap 1 – abcdeeffeeefgcffaheffe     
Tema
Perubahan adat yang diwarisi sejak zaman berzaman akibat arus modenisasi
Peradaban zaman semakin berlalu kesan daripada arus globalisasi. Orang lelaki dan perempuan yang satu ketika dahulu disanjung oleh masyarakat kerana memiliki adat ketimuran yang tinggi telah lenyap kerana pengaruh daripada budaya Barat
Persoalan

Persoalan adat ketimuran sangat tinggi nilainya
Adat ketimuran yang diamalkan oleh masyarakat Malaysia sangat mulia dan disanjung oleh negara luar
Persoalan perbezaan budaya masyarakat dahulu berbanding sekarang
Teruna dan dara suatu ketika dahulu sangat disanjung oleh ibu bapa mereka kerana memiliki perwatakan yang mulia
Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
Teruna dan dara pada masa kini bebas bergaul tanpa batasan dan tidak segan kepada masyarakat sekeliling
Persoalan pegangan agama dapat mengelakkan diri daripada unsur negatif
Teruna dan dara pada masa dahulu memiliki pegangan agama yang kukuh sehingga mereka bebas daripada sebarang kemaksiatan
Persoalan kekecewaan golongan tua terhadap generasi muda
Golongan muda sudah tidak menunjukkan rasa hormat lagi kepada golongan tua
Persoalan pengaruh budaya Barat dalam kalangan generasi muda
Golongan muda memandang remeh kepada ajaran agama kerana terpengaruh dengan budaya Barat
Nilai
Ketaqwaan
Si Teruna menjadi pilihan ibu bapa kerana memiliki sifat ketaqwaan yang tinggi
Sopan santun
Si Dara menjadi idaman masyarakat kerana memiliki sifat sopan santun yang tinggi
Hormat-menghormati
Golongan muda sudah tidak lagi menghormati generasi tua sehingga menimbulkan kekecewaan dalam diri mereka
Kepatuhan
Generasi muda perlu menjaga batas pergaulan mereka dengan patuh pada ajaran agama
Ketinggian budi bahasa
Muda mudi pada zaman dahulu mempunyai ketinggian budi bahasa sehingga menggembirakan orang tua mereka
Pengajaran
Kita hendaklah mengekalkan budaya timur walaupun sedang menempuh arus modenisasi
Budaya timur mempunyai ketinggian nilai sehingga disegani oleh negara Barat
Kita hendaklah membataskan pergaulan antara lelaki dengan perempuan
Muda mudi perlu membataskan pergaulan antara mereka dengan patuh pada ajaran agama
Kita hendaklah patuh pada ajaran agama
Ajaran agama mampu mengekang manusia daripada melakukan perkara yang salah
Kita hendaklah menghormati generasi tua
Generasi tua perlu dihormati kerana mereka mamiliki nilai ketimuran yang tinggi
Jangan kita terpengaruh dengan budaya kuning
Generasi muda terpengaruh dengan budaya kuning kerana memandang remeh kepada ajaran agama
Gaya Bahasa
Pemilihan kata sangat indah
Warak si teruna menjadi ikatan
Repetisi
Sama cantik sama padan
Metafora
Si tua berduka lara
Aliterasi
Terlalu mulia apabila diselidik – konsonan l
Asonansi
Sama cantik sama padan
Nada
Melankolik
Kesedihan

1 comment:

  1. Terima Kasih di atas nota yang diberikan. Sangat berguna untuk saya.

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...