ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SAJAK TIBA WAKTUNYA KARYA GHAZALI LATEH
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Bentuk | Rangkap Bilangan baris Bilangan patah perkataan Bilangan suku kata sebaris Rima akhir | 6 rangkap Rangkap 1 – 5 baris Rangkap 2 – 7 baris Rangkap 3 – 4 baris Rangkap 4 – 6 baris Rangkap 5 – 5 baris Rangkap 6 – 2 baris 3 hingga 6 patah perkataan sebaris 7 hingga 14 suku kata sebaris Rangkap 1 – aabcc, Rangkap 2 – aaaaabb, Rangkap 3 - abcc Rangkap 4 – aabbbb, Rangkap 5 – aabbb , rangkap 6 - aa |
Tema | Usaha mengangkat martabat golongan wanita | Penyajak mengajak supaya golongan wanita zaman siber kini berani ke hadapan dan melibatkan diri dalam pelbagai bidang untuk mengangkat mereka ke pentas dunia |
Persoalan | Persoalan perubahan arus globalisasi berlaku dengan pantas | Negara maju kesan daripada perubahan arus globalisasi yang berlaku dengan pantas dan manusia perlu pantas merebutnya |
Persoalan keberanian merebut peluang yang ada | Golongan wanita tidak perlu memikirkan halangan yang akan ditempuh sebaliknya merebut peluang yang terhidang di hadapan mereka | |
Persoalan peranan wanita memacu pembangunan negara | Golongan wanita mempunyai peranan yang sama penting dalam usaha membangunkan sesebuah negara | |
Persoalan ciri-ciri wanita pada zaman modenisasi | Penyajak meminta wanita lebih berani, berkeyakinan tinggi, menjaga budi pekerti untuk mendepani cabaran arus globalisasi | |
Persoalan tanggungjawab mengangkat martabat wanita ke pentas antarabangsa | Penyajak memberitahu bahawa sudah tiba masa golongan wanita berada di puncak pentas antarabangsa | |
Persoalan cabaran dalam menempuh kehidupan masa kini | Wanita perlu cekal menghadapi kehidupan zaman moden kerana banyak cabaran yang perlu ditempuh | |
Nilai | Tanggungjawab | Wanita perlu mengangkat martabat mereka setanding dengan golongan lelaki |
Ketabahan | Wanita perlu tabah menghadapi cabaran hidup pada zaman moden | |
Keberanian | Wanita perlu berani tampil dengan idea yang bernas untuk membantu menjayakan wawasan negara | |
Keyakinan diri | Wanita perlu yakin akan kebolehan diri dalam usaha mencapai kesenangan hidup | |
Kegigihan | Legenda Mahsuri perlu dikenang kerana sejarah itulah yang mempopularkan Pulau Langkawi | |
Pengajaran | Kita hendaklah cekal menempuh arus globalisasi | Cabaran arus globalisasi sangat hebat dan masyarakat perlu bersedia menempuhnya |
Kita hendaklah berani tampil ke hadapan untuk merebut peluang | Golongan wanita perlu berani merebut peluang yang terhidang di hadapan mereka | |
Kita hendaklah bertanggungjawab mengangkat martabat wanita | Sudah tiba masa golongan wanita mengangkat diri mereka ke pentans antarabangsa | |
Kita hendaklah memiliki ciri-ciri yang positif untuk berjaya | Wanita perlu berani, berkeyakinan tinggi, berbudi pekerti untuk berjaya dalam hidup | |
Jangan kita menganggap diri kita tidak penting kerana wanita juga memainkan peranan | Wanita tidak boleh menganggap diri mereka lemah kerana persoalan sedemikian boleh melumpuhkan semangat mereka | |
Gaya Bahasa | Pemilihan kata sangat indah | Dari putik dan pucuk berembun kemilau |
Hiperbola | Merebut tunas-tunas harapan yang hijau | |
Metafora | Tunas-tunas harapan | |
Imejan | Persada dunia | |
Sinkof | Kautanya | |
Inversi | Usah kautanya persoalan dilema | |
Aliterasi | Merebut tunas-tunas harapan – konsonan n | |
Asonansi | Dari putik dan pucuk berembun kemilau – vokal u | |
Nada | Patriotik | Bersemangat untuk memacu negara |
perlukah kita menjawap soalan beserta huraian??
ReplyDelete