Monday, 10 October 2011

VETTEL JUARA TERMUDA

Vettel juara berganda termuda


Sebastian Vettel meraikan kejayaan muncul juara F1 2011 di atas podium setelah menduduki tempat ketiga pada GP Jepun di Suzuka, semalam. - REUTERS



SUZUKA, Jepun - Pelumba Red Bull, Sebastian Vettel mengesahkan kejuaraan dunia Formula Satu (F1) musim ini selepas menduduki tempat ketiga pada GP Jepun semalam. Ini bermakna pelumba Jerman itu cemerlang dengan status juara berganda termuda dalam F1. Pelumba McLaren, Jenson Button yang bermula pada kelompok depan bersama Vettel (petak pertama), memenangi perlumbaan di Litar Suzuka, iaitu kemenangan ketiganya musim ini dengan hanya 1.160s di depan pelumba Ferrari, Fernando Alonso. Vettel hanya memerlukan satu mata untuk mengesahkan kejuaraan musim ini atau Button gagal memenangi perlumbaan. Begitupun 15 mata yang diperoleh setelah menduduki tempat ketiga semalam lebih daripada mencukupi untuk pelumba berusia 24 tahun itu menjadi pelumba termuda yang memenangi kejuaraan dunia berganda.

(Sumber : Utusan online - 10/10/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...