Monday 10 October 2011

JUARA RAGBI TUMBANG

Australia singkir juara dunia


Pemain Australia, James Slipper (tengah) merai kemenangan ke atas Afrika Selatan pada perlawanan suku akhir Piala Dunia di Wellington, semalam. - AFP



WELLINGTON - Australia menyingkirkan juara bertahan Afrika Selatan 11-9 pada perlawanan suku akhir Ragbi Piala Dunia, semalam. Dalam satu lagi pertembungan suku akhir, New Zealand mengatasi Argentina 33-10 untuk mencipta pertembungan separuh akhir dengan Australia. Selepas mendahului 8-3, Afrika Selatan menguasai sebahagian besar perlawanan babak kedua dalam perlawanan yang menyaksikan ketua pasukan Wallabies, James Horwill merupakan pemain pemain tunggal yang berjaya melakukan try. Segalanya tampak memihak kepada Afrika Selatan apabila mendahului Australia 9-8, tiga mata yang diperolehi drop goal melalui Morne Steyn. Namun, ketika perlawanan 10 minit hendak ditamatkan, James O'Connor berjaya menyempurnakan penalti bagi meletakkan kedudukan 11-9, dengan kekentalan pemain sayap David Pocock menghalang Afrika Selatan mendapatkan sebarang tambahan mata bagi memastikan Wallabies melangkah ke separuh akhir.

(Sumber : Utusan Online - 10/10/2011)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...