Monday 10 October 2011

BELANJAWAN 2012

Semua yuran, bayaran di sekolah kerajaan dimansuhkan
Mulai sesi persekolahan tahun depan, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma.

Sehubungan itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012 mengumumkan semua bentuk yuran dan bayaran akan dimansuhkan. “Pada masa ini, pelajar masih dikenakan bayaran RM24.50 bagi sekolah rendah dan RM33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia dan Insuran Takaful.

“Ingin dimaklumkan bahawa, mulai sesi persekolahan 2012, bayaran ini akan dimansuhkan.

“Dengan ini, sukacita diumumkan bahawa, buat pertama kalinya dalam sejarah, pendidikan rendah dan menengah di sekolah-sekolah kerajaan adalah disedia dengan percuma,” katanya.

Menurut Najib, pemansuhan semua bayaran itu akan membabitkan peruntukan sebanyak RM150 juta.

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...