ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DRAMA FORUM REMAJA 2020 KARYA SHARIF SHAARY
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Pemikiran | Peranan dan tanggungjawab remaja menjelang Wawasan 2020 | Remaja merupakan pemimpin masa depan yang bakal merealisasikan Wawasan 2020. Justeru, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan wawasan tersebut. Salmah, Chong dan Chandran yang mewakili golongan remaja mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pemimpin masa hadapan dan memainkan peranan penting merealisasikan Wawasan 2020 |
Persoalan | Persoalan memiliki semangat cinta akan tanah air | Salmah, Chong dan Chandran memiliki semangat patriotik yang tinggi terhadap negara ketika berhujah dengan Makhluk Utopia |
Persoalan remaja merupakan pemimpin masa depan | Remaja masa kini merupakan bakal pemimpin yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan | |
Persoalan ciri-ciri pemimpin pada masa hadapan | Pemimpin pada masa hadapan perlu memiliki jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki nilai moral yang tinggi bagi merealisasikan wawasan negara | |
Persoalan tanggungjawab mengelakkan diri daripada kebejatan sosial | Remaja perlu menjauhkan diri mereka daripada kebejatan sosial kerana di bahu mereka terletak harapan yang tinggi untuk menjayakan wawasan negara | |
Persoalan kepentingan penghayatan agama dalam kehidupan | Mengamalkan ajaran agama dengan sepenuhnya mampu mengelakkan remaja terpengaruh dengan perkara tidak baik | |
Persoalan memiliki jati diri yang unggul | Remaja perlu memiliki jati diri yang unggul kerana mereka bakal pemimpin masa hadapan negara | |
Persoalan kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk | Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengukuhkan perpaduan supaya keharmonian negara dapat dicapai | |
Persoalan prihatin terhadap nasib bangsa yang menuju tahap kemusnahan | Makhluk Utopia memilih negara Malaysia atas rasa tanggungjawab sosial mereka untuk membetulkan golongan remaja yang agak kritikal dari segi kebejatan moral | |
Watak & perwatakan Salmah | Patriotik | Salmah bangga hidup di negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan hidup dalam suasana mihibah |
Tidak sabar | Salmah kembali menunjukkan rasa tidak puas hati apabila Makhluk Utopia menuduh mereka belum mampu menjadi pemimpin lagi | |
Berfikiran terbuka | Bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia. Mereka harus berani menerima kritikan kerana bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan | |
Prihatin | Salmah bimbang apabila mengenangkan orang muda yang mempunyai agama tetapi tidak menjalani kehidupan beragama sepenuhnya | |
Memiliki nilai keagamaan yang tinggi | Salmah menegaskan bahawa seseorang yang memiliki kepandaian tidak bermakna tanpa ilmu agama dalam diri | |
Bertanggungjawab | Salmah mengajak kawan-kawannya menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda | |
Watak & perwatakan Chong | Seorang yang patriotik | Chong bangga kerana negaranya mampu dijadikan sebuah negara model |
Tidak mudah mengalah | Chong mematahkan setiap hujah Makhluk Utopia kerana tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan | |
Cepat emosional | Chong mengajak kawan-kawannya beredar dari situ apabila tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia yang merendah-rendahkan mereka | |
Seorang yang bertanggungjawab | Chong meminta supaya kawan-kawannya tidak memikirkan apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia sebaliknya menumpukan tanggungjawab utama mereka terhadap pelajaran | |
Watak & perwatakan Chandran | Memiliki semangat patriotik | Chandran tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia sebaliknya menegaskan bahawa negara yang didiaminya terkawal dan membanggakan |
Tidak mudah mengalah | Chandran menyatakan bahawa Makhluk Utopia mengemukakan pendapat yang salah kerana mereka bukan berada dalam impian lagi tetapi sudah merealisasikannya | |
Yakin diri | Chandran menyatakan bahawa generasi terdahulu juga patut dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku kepada generasi masa kini | |
Berfikiran terbuka | Mempercayai bahawa apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia tidak ada yang tidak baik dan dia bersetuju dengan pendapat mereka | |
Latar masa | Tahun 2020 | Remaja masa kini memainkan peranan yang penting untuk menjayakan Wawasan 2020 |
Waktu petang | Salmah, Chong dan Chandran berdebat dengan Makhluk Utopia pada waktu petang | |
Latar tempat | Kampus universiti | Tempat Salmah, Chong dan Chandran belajar dan berhujah dengan Makhluk Utopia |
Malaysia | Salmah, Chong dan Chandran bangga tinggal di bumi Malaysia | |
Planet Utopia | Dua makhluk datang dari planet Utopia untuk membetulkan remaja yang berada pada tahap kritikal dari segi mora | |
Latar masyarakat | Masyarakat yang sedang belajar di universiti | Salmah, Chong dan Chandran sedang belajar di salah sebuah universiti |
Masyarakat dari planet Utopia | Dua makhluk dari planet Utopia datang dalam mimpi Salmah, Chong dan Chandran dan berhujah dengan mereka | |
Masyarakat yang bijak mengemukakan hujah | Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan setiap hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia | |
Masyarakat yang cinta akan negara | Salmah, Chong dan Chandran bangga tinggal di Malaysia dalam keadaan maju dan semangat muhibah | |
Masyarakat yang bertanggungjawab | Dua makhluk Utopia rasa bertanggungjawab untuk membetulkan remaja masa kini yang sudah pada tahap kritikal dari segi kebejatan sosial | |
Masyarakat yang taat pada perintah agama | Salmah mengajak mereka mengamalkan ajaran agama sepenuhnya dalam kehidupan | |
Masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama | Salmah, Chong dan Chandran berkawan baik dan hidup dalam keadaan harmoni | |
Nilai | Patriotik | Salmah, Chong dan Chandran memiliki semangat cinta akan negara apabila hujah-hujah mereka menunjukkan bahawa mereka sayang pada negara |
Kebijaksanaan | Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia | |
Kesabaran | Salmah, Chong dan Chandran sabar melayan kerenah makhluk Utopia yang merendah-rendahkan mereka | |
Tanggungjawab | Salmah, Chong dan Chandran bertanggungjawab membina kepimpinan mereka sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan | |
Hormat-menghormati | Salmah, Chong dan Chandran menghormati pendapat makhluk Utopia walaupun mereka tidak mengenali makhluk tersebut | |
Pengajaran | Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan negara | Salmah, Chong dan Chandran begitu menyayangi tanah air mereka setiap kali berhujah dengan makhluk Utopia |
Kita hendaklah menghormati orang yang tidak kita kenali | Salmah, Chong dan Chandran menghormati makhluk Utopia walaupun mereka pertama kali berjumpa | |
Kita perlu mengukuhkan nilai keagamaan dalam diri | Salmah mengajak supaya kawan-kawannya mengamalkan aspek keagamaan sepenuhnya dalam kehidupan mereka | |
Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan kaum | Salmah, Chong dan Chandran berkawan baik dan mengamalkan semangat muhibag dalam kalangan mereka | |
Kita hendaklah memiliki jati diri yang kukuh | Salmah, Chong dan Chandran bersetuju supaya mereka memiliki jati diri yang kukuh sebagai persediaan sebelum menjadi pemimpin pada masa hadapan | |
Gaya Bahasa | Peribahasa | Bersatu kita teguh bercerai kita roboh |
Sinkof | Tak ada satupun yang baik |
Assalamualaikum cikgu. Mohon copy. Terima kasih.
ReplyDeleteAssalamualaikum cikgu Me...lembare ye sangat berguno...kawe mohon copy..
ReplyDeletekawe lamo
amran abdul ghani
Rotu batch 14 UKM....