Friday 7 October 2011

DRAMA FORUM REMAJA 2020



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM DRAMA FORUM REMAJA 2020 KARYA SHARIF SHAARY

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN

Pemikiran
Peranan dan tanggungjawab remaja menjelang Wawasan 2020
Remaja merupakan pemimpin masa depan yang bakal merealisasikan Wawasan 2020. Justeru, remaja perlu mempunyai jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki moral yang tinggi bagi merealisasikan wawasan tersebut. Salmah, Chong dan Chandran yang mewakili golongan remaja mempunyai tanggungjawab yang besar sebagai pemimpin masa hadapan dan memainkan peranan penting merealisasikan Wawasan 2020









Persoalan

Persoalan memiliki semangat cinta akan tanah air
Salmah, Chong dan Chandran memiliki semangat patriotik yang tinggi terhadap negara ketika berhujah dengan Makhluk Utopia
Persoalan remaja merupakan pemimpin masa depan
Remaja masa kini merupakan bakal pemimpin yang akan mewarisi tampuk pemerintahan negara pada masa hadapan
Persoalan ciri-ciri pemimpin pada masa hadapan
Pemimpin pada masa hadapan perlu memiliki jati diri yang kental, berilmu pengetahuan dan memiliki nilai moral yang tinggi bagi merealisasikan wawasan negara
Persoalan tanggungjawab mengelakkan diri daripada kebejatan sosial
Remaja perlu menjauhkan diri mereka daripada kebejatan sosial kerana di bahu mereka terletak harapan yang tinggi untuk menjayakan wawasan negara
Persoalan kepentingan penghayatan agama dalam kehidupan
Mengamalkan ajaran agama dengan sepenuhnya mampu mengelakkan remaja terpengaruh dengan perkara tidak baik
Persoalan memiliki jati diri yang unggul
Remaja perlu memiliki jati diri yang unggul kerana mereka bakal pemimpin masa hadapan negara
Persoalan kepentingan perpaduan dalam masyarakat majmuk
Masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum perlu mengukuhkan perpaduan supaya keharmonian negara dapat dicapai
Persoalan prihatin terhadap nasib bangsa yang menuju tahap kemusnahan
Makhluk Utopia memilih negara Malaysia atas rasa tanggungjawab sosial mereka untuk membetulkan golongan remaja yang agak kritikal dari segi kebejatan moral
Watak & perwatakan




Salmah
Patriotik
Salmah bangga hidup di negara Malaysia yang terdiri daripada masyarakat majmuk dan hidup dalam suasana mihibah
Tidak sabar
Salmah kembali menunjukkan rasa tidak puas hati apabila Makhluk Utopia menuduh mereka belum mampu menjadi pemimpin lagi
Berfikiran terbuka
Bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia. Mereka harus berani menerima kritikan kerana bangsa yang maju ialah bangsa yang sanggup berdepan dengan kritikan
Prihatin
Salmah bimbang apabila mengenangkan orang muda yang mempunyai agama tetapi tidak menjalani kehidupan beragama sepenuhnya
Memiliki nilai keagamaan yang tinggi
Salmah menegaskan bahawa seseorang yang memiliki kepandaian tidak bermakna tanpa ilmu agama dalam diri
Bertanggungjawab
Salmah mengajak kawan-kawannya menyelesaikan masalah kemerosotan moral generasi muda
Watak & perwatakan


Chong
Seorang yang patriotik
Chong bangga kerana negaranya mampu dijadikan sebuah negara model
Tidak mudah mengalah
Chong mematahkan setiap hujah Makhluk Utopia kerana tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan
Cepat emosional
Chong mengajak kawan-kawannya beredar dari situ apabila tidak bersetuju dengan pendapat Makhluk Utopia yang merendah-rendahkan mereka
Seorang yang bertanggungjawab
Chong meminta supaya kawan-kawannya tidak memikirkan apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia sebaliknya menumpukan tanggungjawab utama mereka terhadap pelajaran
Watak & perwatakan


Chandran
Memiliki semangat patriotik
Chandran tidak bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia sebaliknya menegaskan bahawa negara yang didiaminya terkawal dan membanggakan
Tidak mudah mengalah
Chandran menyatakan bahawa Makhluk Utopia mengemukakan pendapat yang salah kerana mereka bukan berada dalam impian lagi tetapi  sudah merealisasikannya
Yakin diri
Chandran menyatakan bahawa generasi terdahulu juga patut dipertanggungjawabkan atas apa yang berlaku kepada generasi masa kini
Berfikiran terbuka
Mempercayai bahawa apa yang diperkatakan oleh Makhluk Utopia tidak ada yang tidak baik dan dia bersetuju dengan pendapat mereka


Latar masa
Tahun 2020
Remaja masa kini memainkan peranan yang penting untuk menjayakan Wawasan 2020
Waktu petang
Salmah, Chong dan Chandran berdebat dengan Makhluk Utopia pada waktu petang



Latar tempat
Kampus universiti
Tempat Salmah, Chong dan Chandran belajar dan berhujah dengan Makhluk Utopia
Malaysia
Salmah, Chong dan Chandran bangga tinggal di bumi Malaysia
Planet Utopia
Dua makhluk datang dari planet Utopia untuk membetulkan remaja yang berada pada tahap kritikal dari segi mora






Latar masyarakat
Masyarakat yang sedang belajar di universiti
Salmah, Chong dan Chandran sedang belajar di salah sebuah universiti
Masyarakat dari planet Utopia
Dua makhluk dari planet Utopia datang dalam mimpi Salmah, Chong dan Chandran dan berhujah dengan mereka
Masyarakat yang bijak mengemukakan hujah
Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan setiap hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia
Masyarakat yang cinta akan negara
Salmah, Chong dan Chandran bangga tinggal di Malaysia dalam keadaan maju dan semangat muhibah
Masyarakat yang bertanggungjawab
Dua makhluk Utopia rasa bertanggungjawab untuk membetulkan remaja masa kini yang sudah pada tahap kritikal dari segi kebejatan sosial
Masyarakat yang taat pada perintah agama
Salmah mengajak mereka mengamalkan ajaran agama sepenuhnya dalam kehidupan
Masyarakat yang bersatu padu dan bekerjasama
Salmah, Chong dan Chandran berkawan baik dan hidup dalam keadaan harmoni




Nilai
Patriotik
Salmah, Chong dan Chandran memiliki semangat cinta akan negara apabila hujah-hujah mereka menunjukkan bahawa mereka sayang pada negara
Kebijaksanaan
Salmah, Chong dan Chandran bijak mematahkan hujah yang dikemukakan oleh makhluk Utopia
Kesabaran
Salmah, Chong dan Chandran sabar melayan kerenah makhluk Utopia yang merendah-rendahkan mereka
Tanggungjawab
Salmah, Chong dan Chandran bertanggungjawab membina kepimpinan mereka sebagai persediaan menjadi pemimpin pada masa hadapan
Hormat-menghormati
Salmah, Chong dan Chandran menghormati pendapat makhluk Utopia walaupun mereka tidak mengenali makhluk tersebut





Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab mempertahankan negara
Salmah, Chong dan Chandran begitu menyayangi tanah air mereka setiap kali berhujah dengan makhluk Utopia
Kita hendaklah menghormati orang yang tidak kita kenali
Salmah, Chong dan Chandran menghormati makhluk Utopia walaupun mereka pertama kali berjumpa
Kita perlu mengukuhkan nilai keagamaan dalam diri
Salmah mengajak supaya kawan-kawannya mengamalkan aspek keagamaan sepenuhnya dalam kehidupan mereka
Kita hendaklah mengukuhkan perpaduan kaum
Salmah, Chong dan Chandran berkawan baik dan mengamalkan semangat muhibag dalam kalangan mereka
Kita hendaklah memiliki jati diri yang kukuh
Salmah, Chong dan Chandran bersetuju supaya mereka memiliki jati diri yang kukuh sebagai persediaan sebelum menjadi pemimpin pada masa hadapan

Gaya Bahasa
Peribahasa
Bersatu kita teguh bercerai kita roboh
Sinkof
Tak ada satupun yang baik


2 comments:

  1. Assalamualaikum cikgu. Mohon copy. Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum cikgu Me...lembare ye sangat berguno...kawe mohon copy..

    kawe lamo
    amran abdul ghani
    Rotu batch 14 UKM....

    ReplyDelete

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...