SAJAK
BANGKITLAH
Rejab F.I
SAJAK | MAKSUD |
Anak-anak yang sedang lena bangkitlah matahari sudah tinggi di puncak gunung. | Penyajak menyeru anak-anak muda yang sedang terlena dan dibuai kelalaian supaya segera bangkit kerana matahari sudah meninggi dan orang lain sudah jauh meninggalkan mereka selepas negara mengecapi kemerdekaan |
Lihat jernihnya pagi ini burung-burung berterbangan di udara dan pepohon hijau merendang daunnya apa kau masih belum bangkit? | Penyajak menyeru supaya anak-anak muda melihat kemakmuran dan kesejahteraan hidup yang dinikmati kini telah dikuasai oleh orang lain. Penyajak ingin mengetahui sama anak-anak muda kini masih belum sedar atau sebaliknya |
Bangkitlah jangan sesal nanti madu bumi yang kekeringan isi laut kekosongan dan perut belantara menjadi ladang. | Penyajak menyeru supaya anak-anak muda segera bangkit agar mereka tidak menyesal nanti apabila hasil kekayaan negara yang dinikmati kini akan berkurangan dek pembangunan yang semakin pesat dimonopoli oleh orang lain |
Anak-anak esok apa yang akan kaumakan? tanah atau batu atau debu? kau mahu terus nangis tanpa air mata? | Penyajak mengingatkan anak-anak muda akan masa hadapan bangsanya yang mungkin akan terus ketinggalan dan hidup dalam kesusahan apabila hasil kekayaan negara dikaut oleh orang lain. Beliau tidak mahu anak-anak bangsanya nanti terus menangis dan berputih mata |
Kalau tidak bangkitlah matahari belum lagi rembang dan burung-burung belum lagi menjamah awan! | Penyajak mengingatkan jika anak bangsanya tidak mahu keadaan sedemikian berlaku, mereka perlu bangkit segera serta berusaha kerana waktu masih ada. Mereka masih sempat untuk mengejar arus pembangunan yang semakin pesat ini bagi menjadi bangsa yang maju. |
ASPEK-ASPEK KOMSAS
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Tema | Patriotisme | Anak-anak muda perlu segera bangkit dan berusaha untuk mendapatkan kehidupan yang lebih baik dan sempurna. Bumi yang kaya dan subur ini perlu diusahakan demi kepentingan masyarakat dan generasi akan datang |
Persoalan | Persoalan kepentingan mengejar arus pembangunan | Anak-anak muda perlu mengejar arus pembangunan negara supaya tidak ketinggalan |
Persoalan kemajuan dan pembangunan negara tidak akan menunggu sesiapa | Masyarakat yang leka dan belum sedar akan peranan mereka membangunkan negara akan terus ketinggalan | |
Persoalan sumber ekonomi dan khazanah negara semakin berkurangan | Masyarakat perlu segera merebut kekayaan negara yang semakin berkurangan daripada terus dimonopoli oleh orang asing | |
Persoalan masa depan anak bangsa yang belum bangkit daripada kelalaian | Anak-anak muda kini belum lagi sedar bahawa arus pembangunan negara banyak dikuasai oleh orang lain dan mereka terus leka dengan kemajuan tersebut | |
Persoalan tanggungjawab menyedarkan bangsa sendiri agar tidak terus ketinggalan | Penyajak begitu bersemangat untuk menyedarkan anak-anak muda supaya tidak terus leka dengan kemajuan negara sebaliknya bangkit supaya memainkan peranan membangunkan negara sendiri | |
Nilai | Patriotik | Penyajak cuba menyedarkan anak-anak muda supaya bangkit membangunkan negara daripada melihat kekayaan negara dimonopoli oleh orang lain |
Tanggungjawab | Penyajak rasa bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak muda supaya tidak leka dan bangkit dalam arus pembangunan | |
Kegigihan | Negara akan bertambah maju jika masyarakat gigih berusaha mengaut kekayaan negara | |
Berpandangan jauh | Penyajak tidak mahu bangsanya nanti berputih mata melihat kekayaan negara berkurangan kerana dikaut oleh orang lain | |
Kerjasama | Penyajak melihat masyarakat perlu bangkit dan berusaha bersama-sama membangunkan negara | |
Pengajaran | Kita hendaklah berusaha membangunkan negara supaya tidak terus ketinggalan | Penyajak menyeru supaya anak-anak muda bangkit dan bersama-sama membangunkan negara daripada melihat hasil kekayaan negara dikaut oleh orang lain |
Kita hendaklah menyedarkan bangsa sendiri daripada terus lalai agar tidak ketinggalan | Penyajak bertanggungjawab menyedarkan anak-anak muda daripada leka dengan kemajuan negara suapya tidak mahu terus ketinggalan | |
Kita hendaklah bersaing dengan bangsa lain untuk berjaya | Penyajak menyeru supaya anak-anak muda bersaing dengan bangsa lain daripada berputih mata melihat kekayaan negara dikaut oleh bangsa lain | |
Jangan kita leka dengan kemajuan negara sehingga kita lalai | Penyajak tidak mahu anak-anak muda leka dengan kemajuan negara sebaliknya menyeru supaya mereka bangkit daripada kelalaian | |
Jangan kita membiarkan hasil negara dikaut oleh bangsa lain agar kita tidak berputih mata | Penyajak tidak mahu hasil kekayaan negara dikaut oleh bangsa lain supaya bangsanya tidak berputih mata kemudian hari | |
Gaya bahasa | Diksi mudah difahami | Contoh : anak-anak yang sedang lena |
Ayat pendek-pendek | Contoh : bangkitlah, anak-anak | |
Menggunakan kata ganda | Contoh : anak-anak | |
Menggunakan ayat tanya | Contoh : apa kau masih belum bangkit? | |
Perlambangan | Contoh : matahari, puncak gunung, madu, bumi | |
Personifikasi | Contoh : dan burung-burung belum lagi menjamah awan! |
No comments:
Post a Comment