SAJAK
PASAR PERASAAN
T. Alias Taib
| SAJAK | MAKSUD | 
| ini pasar perasaan pada gerainya duduk penjual sentimental yang sering dikunjungi pembeli emosional. | Penyajak mendapati warung atau kedai kopi menjadi gelanggang untuk   pengunjung melontarkan pendapat dan berdebat tentang pelbagai isu. Perdebatan   yang berlangsung kadang-kadang penuh dengan emosi yang sukar untuk dikawal. | 
| ini pasar perasaan mereka memperdagangkan kata-kata yang terbit daripada kalbu bukan terbit daripada akal. | Di warung-warung, perdebatan yang berlangsung penuh dengan perasaan.   Kata-kata yang dilontarkan lebih kepada luahan perasaan yang terbuku dalam   kalbu bukannya lahir daripada pemikiran yang bernas. | 
| mereka memperdagangkan hujah yang rapuh dan lapuk bagai kayu buruk; yang mudah dipatahkan bagai ranting kering. | Mereka melontarkan pelbagai hujah yang longgar dan basi serta tidak   berdasarkan fakta sehingga tidak memberi apa-apa makna. Hujah-hujah yang   dilontarkan begitu rapuh sehingga mudah untuk dipatahkan oleh pihak lawan | 
| ini pasar perasaan di dalamnya mengalir sungai manusia yang menghilirkan suara kosong. | Warung-warung telah menjadi tumpuan ramai dan  para pengunjung datang silih berganti.   Mereka berbual-bual kosong di situ tanpa ada kata putus.  | 
| ini pasar perasaan yang memperdagangkan akal cetek dan tawar-menawar yang dangkal. | Di warung-warung jugalah, para pengunjung memperlihatkan kelemahan mereka   yang kurang ilmu pengetahuan. Perdebatan kosong menjadi agenda walaupun tidak   membawa kebaikan. | 
| kumasuki pasar ini kususuri   sungai sibuk ini di tengah-tengah penjual dan pembeli yang kaya dengan perasaan tetapi miskin dengan kebijaksanaan | Penyajak cuba memasuki warung tersebut dan melibatkan diri dalam   perdebatan dengan pengunjung lain. Penyajak cuba menyelami intipati   perdebatan tersebut. Beliau mendapati para pendebat lebih dikuasai oleh emosi   ketika berbicara dan tidak bersandarkan pada fakta dan ilmu pengetahuan. | 
| ini pasar tidak berakal yang diriuhkan kekosongan | Penyajak membuat kesimpulan bahawa warung-warung merupakan tempat yang   hanya sesuai untuk mereka berbual-bual kosong sahaja. Walaupun perdebatan   nampak menarik tetapi keriuhannya tidak membawa apa-apa makna. | 
ASPEK-ASPEK KOMSAS 
| ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN | 
| Tema | Kerenah segolongan masyarakat yang begitu lantang bersuara di   warung-warung | Penyajak menegur sikap masyarakat kini yang menyuarakan pendapat mengikut   perasaan tanpa menggunakan akal fikiran. Hasilnya perdebatan mereka mudah   dipatahkan, tidak membawa makna dan berakhir dengan emosi. | 
| Persoalan | Persoalan perdebatan harus bersandarkan ilmu | Perdebatan tanpa ilmu pengetahuan tidak akan membawa apa-apa faedah | 
| Persoalan perdebatan bersandarkan perasaan menjadi sia-sia | Perdebatan bersandarkan perasaan akan berakhir dengan pelbagai emosi | |
| Persoalan perdebatan tanpa ilmu mudah untuk dipatahkan | Hujah yang dilontarkan tanpa fakta yang kukuh mudah untuk disangkal | |
| Persoalan kepentingan ilmu pengetahuan dalam menyampaikan hujah | Hujah yang dilontarkan tanpa ilmu pengetahuan tidak akan membawa apa-apa   makna | |
| Persoalan perbincangan kosong dan tidak ilmiah akan berakhir dengan emosi | Kata-kata yang dilontarkan tanpa hujah yang bernas akan berakhir dengan   perbalahan yang tidak menguntungkan mana-mana pihak | |
| Nilai | Rasional | Sifat rasional penting apabila melontar idea ketika berhujah dengan pihak   lawan | 
| Kebijaksanaan | Penyajak mahu masyarakat berdebat dengan bijaksana bersandarkan ilmu   pengetahuan | |
| Kesabaran  | Sifat sabar penting ketika berdebat untuk mengelakkan perbalahan | |
| Kerajinan | Masyarakt perlu rajin membuat rujukan untuk menambahkan maklumat bagi   menguatkan hujah | |
| Keprihatinan | Penyajak prihatin dengan sesetengah masyarakat yang suka berbual kosong   di warung tanpa memiliki ilmu sehingga berakhir dengan pelbagai emosi | |
| Pengajaran | Kita hendaklah rasional ketika menyampaikan hujah agar emosi dapat dijaga | Perdebatan yang berlaku di warung-warung berakhir dengan pelbagai emosi   kerana masing-masing kurang bersifat rasional dan ingin menonjolkan kelebihan   diri sahaja | 
| Kita hendaklah bijak ketika berdebat    supaya hujah tidak mudah dipatahkan | Kebijaksanaan penting ketika berdebat kerana pihak lawan akan mengambil   kesempatan mematahkan hujah dengan mudah | |
| Kita hendaklah sabar ketika berdebat agar perbalahan dapat dielakkan | Pendebat yang hilang sabar mudah berbalah apabila hujah mereka mudah   dipatahkan | |
| Kita jangan beremosi ketika berdebat kerana pihak lawan mudah mengambil   kesempatan | Sifat emosi akan menonjolkan kelemahan diri dan keadaan ini memudahkan   pihak lawan untuk mengambil kesempatan mematahkan hujah | |
| Kita jangan menduga kebijaksanaan orang lain jika tiada ilmu | Jangan sesekali kita berhujah dnegan orang lain jika kita tidak mempunyai   ilmu yang cukup  | |
| Gaya bahasa | Diksi mudah difahami | Contoh : bagai ranting kering | 
| Ayat pendek-pendek | Contoh : ini pasar perasaan | |
| Personifikasi | Contoh : ini pasar tidak berakal | |
| Simile | Contoh : bagai kayu buruk, bagai ranting kering | |
| Metafora | Contoh : sungai manusia, pasar perasaan | |
| Epifora  | Contoh : kumasuki pasar ini                 kususuri sungai   sibuk ini | 
 
 
No comments:
Post a Comment