SAJAK
ARKITEK KOTA
Muhammad Hj. Salleh
| SAJAK | MAKSUD | 
| hanya seniman peka yang faham akan jiwa laut kenal lambung gelombangnya alur sungai serta diam batu perasaan musim fiil langit dan sabar bumi berhak membina kota. | Penyajak menyatakan bahawa usaha membangunkan sesebuah kota perlu   dilakukan oleh mereka yang benar-benar layak dan bertanggungjawab. Mereka   merupakan golongan yang arif dan banyak pengetahuan tentang selok-belok dan   keadaan sesebuah kota yang ingin dibangunkan. | 
| kerana arkitek matang itu anak di taman perenung di perpustakaan orang muda pulang bertandang di lorong malam pemunggah barang pasar di subuh hari pengadil di bangku bijaksana dan datuk bandar yang bangga | Hal ini demikian kerana golongan perancang bandar ini merupakan penghuni   yang tinggal di situ dan banyak mengetahui hal-hal berkaitan dengan masalah   yang dihadapi penduduk. Mereka juga telah banyak membuat kajian dengan   mengambil kira pandangan pelbagai pihak yang menghuni kota tersebut. Usaha   ini akan memudahkan perancang bandar tersebut membangunkan kota kerana mereka   telah mengambil kira semua pertimbangan. | 
| dia harus sayangkan lagu burung pemancing di teduh pohon pemerhati tasik pengawas bintang dan bunga menjalar di beranda. | Seseorang perancang bandar juga harus mencintai alam sekitar. Usaha   membangunkan sesebuah kota perlu mengambil kira kepentingan alam sekitar   kepada flora dan fauna. Kehidupan flora dan fauna perlu dipelihara. Keindahan   alam semulajadi perlu dipertahankan untuk mewujudkan landskap yang   mempesonakan. | 
| pencipta kota ialah  pendekar muda dengan langkah berbagai-bagai kelakar tua yang mengampungkan cerita orang bercinta yang perlukan bulan | Perancang kota sebaiknya terdiri daripada golongan muda yang banyak idea   untuk merencanakan keindahan kota. Idea bernas yang diilhamkan oleh golongan   ini dapat memberi kegembiraan kepada semua lapisan dan menjadi tarikan kepada   golongan yang inginkan keindahan. | 
| dia pengukir ruang hidup penghias suasana sempurna membenarkan penemuan memungkinkan kemungkinan | Perancang kota merupakan arkitek yang mampu memberikan kehidupan yang   selesa dan sempurna kepada warga kota. Mereka mampu merencanakan perancangan   dengan mengambil kira keseimbangan antara pembangunan kota dengan penjagaan   alam sekitar. Pembangunan kota dengan mengambil kira kepentingan alam sekitar   mampu memberikan kehidupan yang sempurna kepada warga kota. | 
ASPEK-ASPEK KOMSAS 
| ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN | 
| Tema | Kepentingan merencanakan pembangunan bandar tanpa mengabaikan kepentingan   alam sekitar | Perancang bandar mesti terdiri daripada golongan yang arif tentang   permasalahan yang berlaku di bandar. Perancang bandar perlu mengutamakan   kepentingan alam sekitar ketika merencanakan pembangunan di kota. | 
| Persoalan | Persoalan tanggungjawab menjaga keindahan alam sekitar | Penyajak menyeru supaya keindahan alam sekitar diutamakan ketika   merancang pembangunan di sesebuah kota.  | 
| Persoalan pembangunan kota perlu dilihat dari semua sudut | Penyajak menyatakan bahawa perancang bandar yang berkelayakan mampu   merencanakan pembangunan tanpa mengabaikan kepentingan alam sekitar | |
| Persoalan kepentingan generasi muda memacu pembangunan negara | Penyajak meminta supaya generasi muda diberi peluang memainkan   peranan merencanakan bandar kerana meraka memiliki idea-idea yang bernas | |
| Persoalan kepentingan flora dan fauna kepada keindahan alam | Flora dan fauna sangat penting untuk mengekalkan keindahan bandar | |
| Persoalan keprihatinan untuk mengubah ke arah yang lebih baik | Penyajak begitu prihatin dengan membuat seruan agar golongan yang   betul-betul berkelayakan merencanakan pembangunan di kota kerana mereka tahu   selok-belok | |
| Nilai | Cintai alam sekitar | Keindahan alam di sesuatu tempat begitu mendamaikan jiwa dan menjadi   tarikan pelancong ke sesebuah kota | 
| Tanggungjawab | Perancang bandar perlu bertanggungjawab menjaga alam sekitar ketika   merencanakan pembangunan di kota | |
| Keprihatinan | Penyajak sangat prihatin kepada penghuni kota dengan memberikan pendapat   supaya golongan yang betul-betul layak merencanakan pembangunan di kota | |
| Rasional  | Keputusan untuk membuat sesuatu pembangunan perlu dibuat penelitian   sedalam-dalamnya agar kesan buruk dapat dielakkan | |
| Bijaksana | Generasi muda perlu diberi peluang mengambil bahagian membangunkan negara   kerana mereka memiliki idea bernas | |
| Pengajaran | Kita hendaklah menjaga alam sekitar supaya khazanah ini tidak pupus | Usaha memelihara alam sekitar perlu dilakukan oleh generasi kini agar ia   tidak pupus untuk diwariskan kepada generasi akan datang | 
| Kita hendaklah prihatin akan nasib orang lain | Penyajak prihatin akan nasib warga kota jika pembangunan kota tidak   diselarikan dengan pengekalan alam sekitar | |
| Kita hendaklah bijak merancang masa depan negara | Perancang bandar yang betul-betul berkelayakan mampu merencanakan pembangunan   kota  | |
| Kita jangan mengorbankan kepentingan alam sekitar | Pembangunan sesebuah kota perlu diselarikan dengan usaha mengekalkan alam   sekitar | |
| Kita jangan melakukan sesuatu pekerjaan tanpa penelitian yang mendalam | Usaha membangunkan kota perlu dibuat secara teliti jika tidak mahu   generasi akan datang merana | |
| Gaya bahasa | Ayat pendek-pendek | Contoh : perasaan musim, pemerhati tasik | 
| Metafora  | Contoh : jiwa laut, diam batu, perasaan musim | |
| Perlambangan | Contoh : pengadil, pemancing, engawas, pendekar | 
 
No comments:
Post a Comment