PUISI TRADISIONAL : GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
GURINDAM | MAKSUD |
Hendak pandai menghargai masa. Jangan dinanti esok lusa. | Masa hendaklah digunakan dengan sebaik-baiknya dan jangan membazirkan masa |
Ketekunan akan membawa kejayaan. Kegigihan bekerja dengan keupayaan | Kejayaan akan dikecapi jika seseorang berusaha dengan gigih dan tekun |
Wajah ceria keseronokan bekerja. Usah berduka bermuram durja. | Apabila seseorang seronok bekerja, hidup akan lebih gembira |
Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan. Bertndak dengan penuh kebijaksanaan. | Kesederhanaan dituntut dalam kehidupan dan semua tindakan perlu dilakukan dengan bijaksana |
Ketinggian peribadi jadi amalan. Ketelusan hati jadi bekalan. | Keperibadian yang unggul dan kejujuran hati perlu diterapkan dalam kehidupan |
Kekuatan sifat baik hati. Bertimbang rasa dan bersimpati. | Sifat baik hati, bertimbang rasa dan bersimpati hendaklah dijadikan amalan |
Pengaruh kepimpinan melalui teladan. Baik buruk jadikan sempadan. | Pemimpin yang baik hendaklah dijadikan ikutan dan pemimpin yang tidak amanah hendaklah dijauhi |
Menjadi kewajipan menjalankan tugas. Walaupun sederhana tetapi tegas. | Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna walaupun bertindak secara sederhana tetapi tegas |
Kebijaksanaan berhemat perlu diutama. Tidak membazir teliti saksama. | Kita hendaklah bijak berbelanja dan pembaziran perlu dielakkan dalam melaksanakan sesuatu kerja |
Keutamaan kesabaran fikiran tenang. Perkara susah menjadi senang. | Kesabaran dan ketenangan amat perlu dalam menghadapi sebarang situasi kerana perkara yang sukar akan menjadi mudah |
Peningkatan bakat diberi sokongan. Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan. | Kebolehan diri dan bakat yang dimiliki hendaklah ditonjolkan sebagai motivasi ketika bekerja |
Nikmat mencipta budaya kreatif. Kembangkan bakat semoga aktif. | Pemikiran yang kreatif dapat menjana idea yang lebih inovatif |
ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM GURINDAM TONGGAK DUA BELAS
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Bentuk | Rangkap Bilangan baris Bilangan patah perkataan Bilangan suku kata Rima akhir | Mempunyai dua belas rangkap Mempunyai 2 baris serangkap, baris 1 syarat baris 2 jawab Mempunyai 4 patah perkataan sebaris Mempunyai antara 9 hingga 14 suku kata sebaris Rima akhir aa |
Tema | Nilai-nilai murni yang dijadikan amalan setiap individu untuk membina jati diri sebagai bangsa yang berguna kepada negara | Nilai-nilai seperti menghargai masa, tekun berusaha, bijak bertindak dan bersifat sederhana merupakan nilai positif yang mampu membentuk remaja sebagai generasi masa hadapan bagi mengambil alih kepimpinan negara kelak |
Persoalan | Persoalan kepentingan menghargai masa | Masa sangat berharga dalam kehidupan dan masa tidak menunggu sesiapa |
Persoalan tekun berusaha akan membawa kejayaan | Kejayaan akan dapat dikecapi jika berusaha dengan tekun dan gigih | |
Persoalan kepimpinan melalui teladan | Pemimpin yang baik akan dijadikan ikutan dan sebaliknya pemimpin yang tidka baik akan dipinggirkan | |
Persoalan ketenangan ketika membuat keputusan | Sesuatu pekerjaan akan menjadi lebih mudah jika membuat keputusan dengan tenang | |
Persoalan kepentingan berfikiran kreatif dan inovatif | Pemikiran yang kreatif dan inovatif mampu menghasilkan ciptaan yang berkualiti tinggi | |
Nilai | Kegigihan | Kegigihan dituntut ketika melakukan sesuatu pekerjaan |
Kebijaksanaan | Setiap tanggungjawab yang diamanahkha perlu dilakukan dengan bijaksana | |
Kesederhanaan | Kesederhanaan mampu menjadikan kehidupan lebih berkualiti | |
Kesabaran | Setiap perkara yang ingin dilakukan hendaklah dengan penuh kesabaran | |
Tanggungjawab | Tanggungjawab yang diamanahkan perlu dilakukan dengan sempurna | |
Pengajaran | Kita hendaklah gigih berusaha supaya hasil memuaskan | Kejayaan akan dikecapi jika berusaha dengan gigih |
Kita hendaklah bijaksana menguruskan masa kerana masa itu emas | Masa hendaklah digunakan sebaik-baiknya kerana masa tidak akan menunggu kita | |
Kita hendaklah bersederhana dalam kehidupan supaya tidak menimpa kesusahan nanti | Kesederhanaan mampu menjadikan hidup kita lebih berkualiti | |
Kita hendaklah sabar ketika membuat keputusan supaya hasilnya nanti memuaskan | Keputusan yang dibuat secara sabar dan tenang mampu menghasilkan sesuatu yang berkualiti | |
Kita hendaklah melaksanakan sesuatu pekerjaan dengan penuh tanggungjawab supaya hasilnya menjadi sempurna | Tanggungjawab yang diamanahkan hendaklahlah dilakukan dengan sempurna | |
Gaya Bahasa | Simpulan bahasa | Contoh : baik hati |
Aliterasi | Contoh : Bertindak dengan penuh kebijaksanaan | |
Asonansi | Contoh : Kekuatan sifat baik hati |
No comments:
Post a Comment