Wednesday 5 October 2011

SAJAK DI PERPUSTAKAAN

 
 SAJAK
MAKSUD
Melangkah ke ruangmu
Satu pertukaran yang kontras
Dari kehangatan merata
Ke kedinginan yang menerpa
Terlalu bening di sini
Gua pendeta bersemadi
Di puncak sepi
Di sana sini
Kepala-kepala runduk meneliti
Mata dan fikir bersebati.

Ketika penyajak melangkah ke dalam perpustakaan
Dia dapat merasakan perubahan yang ketara
Daripada suasana di luar yang panas
Kepada suasana dingin yang dirasa
Situasi juga senyap sunyi
Di situlah tempat segala ilmu dihasilkan bijak pandai
Ditempatkan
Semua pengunjung
Tekun membaca buku
Sambil membaca pengunjung juga berfikir.

Maju ke ruang buku
Terlalu kerdil aku di sini
Terapung di laut ilmu
Tercurah berzaman
Dalam tak terselam
Betapapun kulayari
Bahtera ilmu di sini
Tak terteroka
Yang akan kucatat
Hanya setitik dari tinta
Yang akan kupetik
Hanya sebiji dari mutiara
Engkau adalah pusaka moyang
Gedung peradaban insan
Terhimpun berzaman

Apabila penyajak menuju ke rak buku
Dia merasakan dirinya masih terlalu kurang ilmu
Kerana ilmu itu terlalu luas
Walaupun telah belajar sekian lama
Namun masih belum mampu memiliki semuanya
Walaupun telah lama dia membaca
Untuk mendapatkan ilmu di perpustakaan
Namun masih belum menndapat semuanya
Penyajak hanya mampu mencatat
Sedikit daripada ilmu
Yang mampu diperoleh oleh penyajak
Masih belum banyak
Sesungguhnya, perpustakaan  harta sejak berzaman
Tempat disimpan ilmu berkaitan kemajuan manusia
Sejak zaman-berzaman.

Bersemadi di sini
Aku adalah pelayar yang dahaga
Di dada samudera
Tak berpantai
Betapapun kuteguk darinya
Dahaga tak pernah langsai.

Berada di perpustakaan
Penyajak merasakan dirinya terlalu inginkan ilmu
Di tengah-tengah himpunan bahan bacaan
Yang terlalu banyak
Penyajak sedar walau sebanyak mana pun membaca
Namun masih banyak ilmu yang masih belum dicapai.

ASPEK-ASPEK KOMSAS

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan suku kata
Rima akhir
Bilangan patah perkataan
Bentuk bebas
3 rangkap
Rangkap 1 – 10 baris                Rangkap 2 – 15 baris
Rangkap 3 – 6 baris                
2 hingga 5 patah perkataan sebaris
4 hingga 12 suku kata sebaris
Rangkap 1 – abccdddddd             Rangkap 2 – abcdeffghgigjdd
Rangkap 3 – abbaba
Tema
Perpustakaan sebagai gedung ilmu
Perpustakaan merupakan tempat kunjungan pencinta ilmu kerana pelbagai cabang ilmu ada di sini. Pengunjung perlu mematuhi adab ketika berada di perpustakaan
Persoalan

Persoalan pelbagai khazanah ilmu di perpustakaan
Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi tempat kunjungan orang yang cinta akan ilmu pengetahuan
Persoalan memanfaatkan sumber ilmu
Pengunjung yang berada diperpustakaan perlu memanfaatkan sumber ilmu yang terdapat didalamnya
Persoalan pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas
Setiap orang perlu mencari ilmu yang sangat luas bidangnya daripada pelbagai sumbar untuk menambahkan pengetahuan
Persoalan cinta akan ilmu pengetahuan
Seseorang perlu mencari ilmu untuk menambahkan pengetahuan
Persoalan kegigihan mencari ilmu
Seseorang perlu gigih menuntut ilmu walaupun berada di mana-mana
Persoalan adab-adab ketika berada di perpustakaan
Pengunjung perpustakaan perlu mematuhi adab ketika berada di perpustakaan supaya tidak mengganggu orang lain
Nilai
Kerajinan
Penyajak rajin berkunjung ke perpustakaan untuk mencari ilmu
Hormat-menghormati
Pengunjung perpustakaan perlu menghormati pengunjung yang lain
Keinsafan
Penyajak merasakan dirinya kerdil apabila melangkah ke perpustakaan
Ketekunan
Penyajak tekun menuntut ilmu yang ditempatkan di perpustakaan
Tanggungjawab
Penyajak bertanggungjawab mengisi hidupnya dengan ilmu pengetahuan
Pengajaran
Kita hendaklah rajin menuntut ilmu
Penyajak rajin berkunjung ke perpustakaan untuk menuntut ilmu
Kita hendaklah menghormati pengunjung lain ketika berada di perpustakaan
Adab-adab ketika berada di perpustakaan perlu dipatuhi oleh setiap pengunjung supaya tidak mengganggu orang lain
Kita hendaklah tekun menuntut pelbagai cabang ilmu
Penyajak tekun menuntut pelbagai cabang ilmu ketika berkunjung ke perpustakaan kerana merasakan dirinya begitu kerdil akibat kekurangan ilmu
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap diri dengan mengisi segala ilmu di dada
Setiap manusia perlu mengisi dirinya dengan pelbagai cabang ilmu supaya kehidupan akan menjadi lebih sempurna
Jangan kita leka dengan keindahan dunia sehingga lupa akan ilmu
Manusia perlu mengutamakan ilmu dalam kehidupan supaya kehidupan akan lebih bermakna
Gaya Bahasa
Pemilihan kata sangat indah
Gua pendeta bersemadi
Imejan
Gua pendeta bersemadi
Metafora
Di dada samudera, bahtera ilmu
Personifikasi
Ke kedinginan yang menerpa
Sinkof
Melangkah ke ruangmu, Yang akan kucatat
Dahaga tak pernah langsai
Inversi
Terlalu kerdil aku di sini
Aliterasi
Ke kedinginan yang menerpa (pengulangan konsonan n)
Satu pertukaran yang kontras (pengulangan konsonan t)
Asonansi
Dahaga tak pernah langsai (pengulangan vokal a)
Hanya sebiji dari mutiara (pengulangan vokal i)
Anafora
Di puncak sepi   
Di sana sini
Nada
Sinis


3 comments:

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...