Wednesday, 5 October 2011

PANTUN EMPAT KERAT (JENAKA DAN SINDIRAN)



PANTUN
MAKSUD
Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.



Tiada guna jika mempunyai isteri yang cantik
Sekiranya dia tidak pandai memasak.
Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.



Ikan kering pun ketawa / lucu
Jika dia mendengar tupai membaca kitab.
Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.



Harimau tua termenung kerana tidak percaya
Apabila melihat kambing mencabut janggut.
Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.



Penyair berasa bimbang di hatinya
Apabila melihat ikan memanjat pokok kayu.
Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.



Penyair berasa sangat hairan
Apabila melihat burung terbang ditangkap ikan.

ASPEK-ASPEK KOMSAS

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk luaran
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan suku kata
Rima akhir
Bilangan patah perkataan
Bentuk bebas
5 rangkap
4 baris serangkap
3 – 5 patah perkataan
9 – 11 suku kata sebaris
Rima akhir abab
2 baris pertama pembayang, 2 baris berikutnya maksud
Tema
Sindiran terhadap masyarakat yang bersikap luar biasa
Sindiran yang ditujukan kepada masyarakat yang melakukan perkara-perkara yang luar biasa untuk dijadikan pengajaran dalam mengharungi kehidupan
Persoalan

Persoalan tanggungjawab isteri terhadap urusan rumahtangga
Seseorang isteri yang memiliki wajah cantik tidak berguna jika tidak pandai memasak
Persoalan kepentingan memiliki ilmu pengetahuan
Seseorang yang melakukan sesuatu perkara tanpa memiliki ilmu akan diketawakan
Persoalan melakukan perkara mengikut kemampuan
Orang akan menjadi hairan apabila kita melakukan perkara tanpa kemampuan
Persoalan kebimbangan melihat sesuatu perkara yang luar biasa
Perkara luar biasa yang kita lakukan akan menimbulkan kebimbangan orang ramai kerana bimbang ditimpa kecelakaan
Persoalan musibah yang berlaku akibat kelalaian
Malapetakan akan menimpa kita jika tidak berhati-hati
Persoalan pemimpin yang kehilangan kuasa
Pemimpin yang kehilangan kuasa akan dipengaruhi oleh orang bawahan yang mengambil kesempatan
Nilai
Tanggungjawab
Tanggungjawab seseorang isteri adalah mengurus rumahtangga termasuk memasak
Kerajinan
Seseorang perlu rajin menuntut ilmu supaya orang lain menghormati kita
Rasional
Fikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu pekerjaan
Prihatin
Bimbang terhadap keselamatan orang lain kerana takut ditimpa musibah
Kegigihan
Seseorang perlu gigih berusaha untuk mencapai matlamat
Pengajaran
Kita hendaklah bertanggungjawab menguruskan rumahtangga
Rumahtangga yang diuruskan dnegan baik akan mejadikan kehidupan lebih harmoni
Kita hendaklah gigih meningkatkan kemahiran diri
Kemahiran yang ada dalam diri akan menyebabkan kita dipandang tinggi
Kita perlu berfikir dengan rasional sebelum mengambil tindakan
Tindakan berdasarkan pemikiran yang rasional dapat mengelakkan diri daripada ditimpa musibah
Kita mesti rajin menuntut ilmu pengetahuan
Ilmu pengetahuan yang tinggi akan menjadikan kita tidak dipandang rendah oleh orang lain
Kita hendaklah prihatin terhadap keselamatan orang lain
Keprihatinan kita akan mengelakkan seseorang ditimpa musibah
Gaya Bahasa
Unsur alam
Haiwan – ikan, tupai, harimau, kambing, burung, kupu-kupu
Tumbuhan – rotan, saga
Sinkof
Kalau tak pandai menumbuk sambal
Personifikasi
Ikan kering lagi ketawa
Mendengar tupai membaca kitab
Asonansi
Kalau tidak memakai capal – pengulangan vokal a
Aliterasi
Melihat ikan memanjat kayu –  pengulangan konsonan m
Inversi
Hairan sekali hati saya



No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...