SAJAK | MAKSUD |
Melangkah ke ruangmu Satu pertukaran yang kontras Dari kehangatan merata Ke kedinginan yang menerpa Terlalu bening di sini Gua pendeta bersemadi Di puncak sepi Di sana sini Kepala-kepala runduk meneliti Mata dan fikir bersebati. | Ketika penyajak melangkah ke dalam perpustakaan Dia dapat merasakan perubahan yang ketara Daripada suasana di luar yang panas Kepada suasana dingin yang dirasa Situasi juga senyap sunyi Di situlah tempat segala ilmu dihasilkan bijak pandai Ditempatkan Semua pengunjung Tekun membaca buku Sambil membaca pengunjung juga berfikir. |
Maju ke ruang buku Terlalu kerdil aku di sini Terapung di laut ilmu Tercurah berzaman Dalam tak terselam Betapapun kulayari Bahtera ilmu di sini Tak terteroka Yang akan kucatat Hanya setitik dari tinta Yang akan kupetik Hanya sebiji dari mutiara Engkau adalah pusaka moyang Gedung peradaban insan Terhimpun berzaman | Apabila penyajak menuju ke rak buku Dia merasakan dirinya masih terlalu kurang ilmu Kerana ilmu itu terlalu luas Walaupun telah belajar sekian lama Namun masih belum mampu memiliki semuanya Walaupun telah lama dia membaca Untuk mendapatkan ilmu di perpustakaan Namun masih belum menndapat semuanya Penyajak hanya mampu mencatat Sedikit daripada ilmu Yang mampu diperoleh oleh penyajak Masih belum banyak Sesungguhnya, perpustakaan harta sejak berzaman Tempat disimpan ilmu berkaitan kemajuan manusia Sejak zaman-berzaman. |
Bersemadi di sini Aku adalah pelayar yang dahaga Di dada samudera Tak berpantai Betapapun kuteguk darinya Dahaga tak pernah langsai. | Berada di perpustakaan Penyajak merasakan dirinya terlalu inginkan ilmu Di tengah-tengah himpunan bahan bacaan Yang terlalu banyak Penyajak sedar walau sebanyak mana pun membaca Namun masih banyak ilmu yang masih belum dicapai. |
ASPEK-ASPEK KOMSAS
ITEM | PERNYATAAN | HURAIAN |
Bentuk | Rangkap Bilangan baris Bilangan suku kata Rima akhir Bilangan patah perkataan Bentuk bebas | 3 rangkap Rangkap 1 – 10 baris Rangkap 2 – 15 baris Rangkap 3 – 6 baris 2 hingga 5 patah perkataan sebaris 4 hingga 12 suku kata sebaris Rangkap 1 – abccdddddd Rangkap 2 – abcdeffghgigjdd Rangkap 3 – abbaba |
Tema | Perpustakaan sebagai gedung ilmu | Perpustakaan merupakan tempat kunjungan pencinta ilmu kerana pelbagai cabang ilmu ada di sini. Pengunjung perlu mematuhi adab ketika berada di perpustakaan |
Persoalan | Persoalan pelbagai khazanah ilmu di perpustakaan | Perpustakaan merupakan gedung ilmu yang menjadi tempat kunjungan orang yang cinta akan ilmu pengetahuan |
Persoalan memanfaatkan sumber ilmu | Pengunjung yang berada diperpustakaan perlu memanfaatkan sumber ilmu yang terdapat didalamnya | |
Persoalan pencarian ilmu pengetahuan yang terlalu luas | Setiap orang perlu mencari ilmu yang sangat luas bidangnya daripada pelbagai sumbar untuk menambahkan pengetahuan | |
Persoalan cinta akan ilmu pengetahuan | Seseorang perlu mencari ilmu untuk menambahkan pengetahuan | |
Persoalan kegigihan mencari ilmu | Seseorang perlu gigih menuntut ilmu walaupun berada di mana-mana | |
Persoalan adab-adab ketika berada di perpustakaan | Pengunjung perpustakaan perlu mematuhi adab ketika berada di perpustakaan supaya tidak mengganggu orang lain | |
Nilai | Kerajinan | Penyajak rajin berkunjung ke perpustakaan untuk mencari ilmu |
Hormat-menghormati | Pengunjung perpustakaan perlu menghormati pengunjung yang lain | |
Keinsafan | Penyajak merasakan dirinya kerdil apabila melangkah ke perpustakaan | |
Ketekunan | Penyajak tekun menuntut ilmu yang ditempatkan di perpustakaan | |
Tanggungjawab | Penyajak bertanggungjawab mengisi hidupnya dengan ilmu pengetahuan | |
Pengajaran | Kita hendaklah rajin menuntut ilmu | Penyajak rajin berkunjung ke perpustakaan untuk menuntut ilmu |
Kita hendaklah menghormati pengunjung lain ketika berada di perpustakaan | Adab-adab ketika berada di perpustakaan perlu dipatuhi oleh setiap pengunjung supaya tidak mengganggu orang lain | |
Kita hendaklah tekun menuntut pelbagai cabang ilmu | Penyajak tekun menuntut pelbagai cabang ilmu ketika berkunjung ke perpustakaan kerana merasakan dirinya begitu kerdil akibat kekurangan ilmu | |
Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap diri dengan mengisi segala ilmu di dada | Setiap manusia perlu mengisi dirinya dengan pelbagai cabang ilmu supaya kehidupan akan menjadi lebih sempurna | |
Jangan kita leka dengan keindahan dunia sehingga lupa akan ilmu | Manusia perlu mengutamakan ilmu dalam kehidupan supaya kehidupan akan lebih bermakna | |
Gaya Bahasa | Pemilihan kata sangat indah | Gua pendeta bersemadi |
Imejan | Gua pendeta bersemadi | |
Metafora | Di dada samudera, bahtera ilmu | |
Personifikasi | Ke kedinginan yang menerpa | |
Sinkof | Melangkah ke ruangmu, Yang akan kucatat Dahaga tak pernah langsai | |
Inversi | Terlalu kerdil aku di sini | |
Aliterasi | Ke kedinginan yang menerpa (pengulangan konsonan n) Satu pertukaran yang kontras (pengulangan konsonan t) | |
Asonansi | Dahaga tak pernah langsai (pengulangan vokal a) Hanya sebiji dari mutiara (pengulangan vokal i) | |
Anafora | Di puncak sepi Di sana sini | |
Nada | Sinis |
tg cg...sgtx99999999999 membantu..
ReplyDeleteterima kasih cg....
ReplyDeleteTerima kasih kerana berkongsi maklumat
ReplyDelete