ISU - REMAJA DAN CABARAN
Tugasan - langkah-langkah untuk mengatasi masalah remaja masa kini
Cadangan idea
- remaja perlu mengenal pasti dan menetapkan hala tuju sebenar mereka supaya mereka tidak mengalami krisis identiti
- ibu bapa perlu menggunakan pendekatan baru untuk mendidik anak-anak remaja masa kini yang terdedah kepada banyak perkara
- pihak sekolah memberikan kaunseling kepada remaja yang bermasalah untuk mengenal pasti punca dan mencari langkah-langkah untuk menangani masalah yang dihadapi
- kerajaan menguatkuasakan undang-undang yang berkaitan dengan remaja dengan lebih tegas untuk memberikan keinsafan kepada mereka
- Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) memainkan peranan yang proaktif dengan merancang pelbagai program bersama-sama dengan pihak sekolah
- Guru-guru perlu menerapkan nilai-nilai baik berasaskan pendidikan moral dan agama supaya remaja kukuh dari segi jati diri dan keagamaan
- ibu bapa perlu sentiasa berhubung dengan pihak sekolah untuk mengetahui hal anak-anak mereka
- ibu bapa perlu memberikan perhatian dan kasih sayang kepada anak-anak dengan memperuntukkan masa kepada anak-anak supaya mereka dapat meluahkan masalah yang dihadapi
- pihak sekolah tidak hanya mementingkan keputusan akademik pelajar semata-mata dalam pengurusan pelajar sebaliknya banyak memberikan penekanan dalam membentuk sahsiah pelajar
- media massa perlu melaporkan dengan lebih kerap kepincangan yang dilakukan oleh remaja untuk meberi kesedaran kepada mereka
- kerajaan perlu memberi peluang kepada remaja meluahkan perasaan mereka dengan menyediakan tempat-tempat untuk remaja melakukan aktiviti berfaedah
- kerajaan perlu membuat penambahbaikan dalam sistem pendidikan supaya pembinaan jati diri remaja yang kukuh dapat dibina di peringkat sekolah
- masyarakat perlu memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dengan melaporkan kegiatan pelajar yang ponteng sekolah
No comments:
Post a Comment