Tuesday 4 October 2011

PUNCA-PUNCA SEMANGAT KEJIRANAN SEMAKIN LONGGAR



ISU - SEMANGAT KEJIRANAN

Tugasan - punca-punca semangat kejiranan semakin longgar dalam kalangan masyarakat

Cadangan idea

  • sesetengah anggota masyarakat kini lebih bersifat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya
  • sesetengah anggota masyarakat kini bersifat individualistik, iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk mengenali jiran
  • ada ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum
  • ibu bapa tidak menerapkan kepentingan amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan jiran sekeliling
  • masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan kediaman mereka
  • tiadanya aktiviti rukun tetangga di sesetengah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar
  • amalan gotong-royong dalam majlis kenduri dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka menggunakan khidmat katering

Tugasan - langkah-langkah untuk mengukuhkan semangat kejiranan
  • ibu bapa perlu menerapkan amalan kejiranan dalam diri anak-anak sejak kecil
  • ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak bergaul dengan jiran yang berlainan bangsa
  • ibu bapa perlu membawa anak-anak mereka sekali apabila menziarahi jiran yang kematian atau sakit
  • masyarakat perlu mengambil tahu hal yang berlaku di kawasan kejiranan mereka
  • aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong membersihkan kawasan persekitaran perlu diadakan terutama pada hujung minggu
  • amalan menziarahi jiran yang sakit perlu dijadikan amalan supaya dapat meringankan beban mereka
  • di setiap kawasan kediaman perlu ditubuhkan rukun tetangga untuk menjaga keselamatan kawasan kediaman
  • pemimpin masyarakat perlu menguar-uarkan kepentingan mengukuhkan semangat kejiranan 
  • amalan gotong-royong semasa mengadakan majlis kenduri perlu dihidupkan semula
  • media massa perlu menekankan kepentingan mengukuhkan hubungan antara jiran dalam ruangan rencana pengarang

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...