Friday 7 October 2011

SYAIR SITI SIANAH



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR SITI SIANAH

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk luaran
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
11 rangkap
4 baris serangkap
2 – 6 patah perkataan
9 – 14 suku kata sebaris
aaaa
Tema
Nasihat kepada golongan wanita supaya menjaga maruah diri
Ada segelintir wanita yang tidak menjaga maruah diri seperti berlebih-lebihan ketika berhias, ketawa mengilai-ngilai, menunjukkan kecantikannya kepada lelaki, mendedahkan aurat, bebas bergaul lelaki dan perempuan dan suka berjudi
Persoalan

Persoalan sifat wanita yang suka berhias secara berlebih-lebihan
Ada segelintir wanita yang berlebih-lebihan ketika berhias seperti mencukur bulu roma di muka dan membentuk kening
Persoalan patuh pada ajaran agama
Ada sesetengah wanita yang sengaja mendedahkan aurat mereka supaya digilai lelaki kerana ketiadaan iman dalam diri
Persoalan kesan buruk jika berjudi
Sesetengah wanita suka berjudi sehingga barang kemas mereka habis tergadai
Persoalan pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan
Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan akan mengakibatkan mereka melakukan kemaksiatan
Persoalan tanggungjawab menjaga maruah wanita
Golongan wanita perlu menjaga maruah diri kerana mereka merupakan insan mulia dan mudah masuk syurga
Persoalan memohon perlindungan daripada Allah daripada segala kesalahan
Seseorang perlu berdoa supaya dilindungi daripada segala perbuatan yang tidak berakhlak
Nilai
Kepatuhan/ ketaqwaan
Ketaqwaan sangat penting untuk mengelakkan diri daripada segala dosa
Tanggungjawab
Tanggungjawab menjaga maruah diri supaya tidak dihina oleh masyarakat
Kesopanan
Golongan wanita perlu menjaga kesopanan diri supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat
Kesederhanaan
Wanita perlu sederhana ketika berhias hingga melanggar hukum syarak
Bersyukur
Wanita perlu bersyukur dengan apa yang dianugerahkan oleh Allah dan tidak perlu mengubah diri mereka
Pengajaran
Kita hendaklah memohon perlindungan daripada Allah supaya tidak ditimpa musibah
Penyair menyeru supaya kita memohon perlindungan daripada Allah agat dijauhi kemungkaran
Kita hendaklah menjaga maruah wanita supaya tidak dipandang serong oleh masyarakat
Golongan wanita perlu menjaga maruah diri kerana mereka merupakan golongan yang mulia dan mudah untuk masuk syurga
Kita perlu menunjukkan kesopanan ketika berhadapan dengan orang ramai
Golongan wanita tidak boleh ketawa mengilai-ngilai di hadapan orang ramai kerana perlakuan berikut menjatuhkan martabat wanita
Kita mesti bersederhana ketika bersolek kerana menyalahi hukum syarak
Ada sesetengah wanita yang keterlaluan ketika berhias sehingga sanggup melanggar hukum agama
Kita hendaklah bersyukur dengan anugerah Illahi kerana rupa paras bukan penentu kebahagian hidup
Rupa paras seseorang bukan menjadi jaminan kepada kebahagian dalam perhubungan kerana kecantikan tidak akan kekal selama-lamanya
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
Molek, cemara, intan serudi, sempolah
Kata ganda
Dibelek-belek, berjela-jela
Simile
Seperti taji berandam di keningnya, seperti buaya besar mulut
Asonansi
Sesetengah perempuan perangainya cela – vokal e
Aliterasi
Melihat laki-laki ditampakkan muka – konsonan k
Peribahasa
Makan angkat


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...