Friday, 7 October 2011

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk luaran
Rangkap
Bilangan baris
Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
7 rangkap
4 baris serangkap
3 – 5 patah perkataan
9 – 13 suku kata sebaris
aaaa
Tema
Ciri-ciri orang yang berakal
Orang yang berakal ialah mereka dipilih sebagai ketua dan berupaya menegakkan keadilan, berpandangan jauh, bersahabat dengan orang baik, menetepikan orang jahat kerana bimbang dirinya akan terpengaruh, patuh pada perintah Allah, berserah diri kepada Allah, tidak tamak haloba, menyedari dunia tidak akan kekal, tidak sombong, merendah diri dan sedia berkhidmat.
Persoalan

Persoalan ketinggian peribadi orang berakal
Orang yang berakal akan dipandang mulia dan sesiapa yang menurut mereka kan beroleh kebahagian
Persoalan patuh pada ajaran agama
Orang yang berakal patuh pada perintah agama kerana mereka menyedari kehidupan di dunia tidak akan kekal
Persoalan kebijaksanaan orang berakal membuat keputusan
Orang berakal tidak mendekati orang jahat kerana bimbang diri mereka akan terpengaruh sehingga boleh merosakkan diri
Persoalan keikhlasan dalam persahabatan
Orang berakal tidak membezakan sesiapa dan mereka ikhlas ketika bersahabat
Persoalan kesederhanaan dalam kehidupan
Orang berakal tidak menunjukkan sikap sombong dan riak jika dia dikasihi oleh pemerintah dan dia menganggap dirinya sama sahaja seperti orang lain
Persoalan kegigihan menuntut ilmu
Orang berakal sangat kasih akan ilmu dan dia tidak jemu menuntut ilmu supaya segala persoalan yang membelenggu diri akan dapat dirungkaikan
Nilai
Kepatuhan/ ketaqwaan
Kepentingan memiliki ketaqwaan dan patuh pada ajaran agama kerana hidup di dunia tidak akan kekal
Kegigihan
Keigighan menuntut ilmu supaya segala permasalahan hidup dapat diselesaikan
Rasional
Fikir semasak-masaknya sebelum melakukan sesuatu pekerjaan agar tidak mendatangkan musibah pada diri
Merendah diri
Melakukan sesuatu pekerjaan tanpa bangga diri walaupun diri sangat dikasihi oleh pemerintah/ ketua
Keikhlasan
Keikhlasan dalam persahabatan dan menganggap diri sama sahaja seperti orang lain
Pengajaran
Kita hendaklah mencontohi orang yang berilmu supaya kehidupan akan lebih bahagia
Orang yang mengikut para anbia dan aulia (orang berilmu) akan bahagia dalam kehidupan mereka
Kita hendaklah gigih menuntut ilmu supaya segala permasalahan dapat diselesaikan
Setiap permasalahan dalam kehidupan akan mudah diselesaikan jika seseorang itu berilmu
Kita perlu berfikir dengan rasional  supaya tidak menimbulkan musibah pada diri
Berkawan dengan orang jahat perlu dihindarkan kerana mereka mampu mempengaruhi diri kita ke arah kejahatan
Kita mesti ikhlas dalam persahabatan supaya hubungan akan berkekalan
Hubungan dalam persahabatan akan menjadi kukuh jika dibina atas dasar keikhlasan
Kita hendaklah patuh pada ajaran agama supaya kehidupan akan bermakna
Ajaran agama perlu dipatuhi kerana kehidupan di dunia hanyalah sementara
Gaya Bahasa
Bahasa klasik
Tersunjam, ibanya, melanja-lanja, tersemu
Sinkof
Ibanya tahu dunia tak kekal
Bahasa Arab
Makrifat, anbia, aulia, fazihat, tawakal
Asonansi
Menjadi kepala bela bermacam – vokal e
Aliterasi
Menjauhkan tamak hendak tawakal – konsonan k
Anafora
Tiadalah ia melanja-lanja, tiadalah menyombong pada bekerja

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...