Friday, 7 October 2011

SAJAK MENGINTAI RUANG INSAF



ASPEK-ASPEK KOMSAS DALAM SAJAK MENGINTAI RUANG INSAF KARYA SHUKRI ABDULLAH

ITEM
PERNYATAAN
HURAIAN
Bentuk
Rangkap
Bilangan baris

Bilangan patah perkataan
Bilangan suku kata sebaris
Rima akhir
4 rangkap
Rangkap 1 – 4 baris                Rangkap 2 – 6 baris
Rangkap 3 – 5 baris                Rangkap 4 – 3 baris
2 hingga 5 patah perkataan sebaris
1 hingga 14 suku kata sebaris
Rangkap 1 – abab            Rangkap 2 – abcdbe
Rangkap 3 – aabcd          Rangkap 4 - abb
Tema
Perasaan insaf seseorang atas kesilapan yang dilakukan dan bertekad untuk bertaubat
Penyajak menyatakan bahawa dia banyak melakukan dosa sehingga menjauhkan dirinya daripada Allah dan akhirnya insaf serta ingin kembali ke pangkal jalan, persoalannya dia tidak yakin sama ada pintu taubat terbuka untuknya
Persoalan

Persoalan setiap manusia tidak lepas daripada melakukan dosa
Penyajak menyatakan bahawa dia semakin banyak melakukan dosa sehingga dia merasakan dirinya begitu jauh daripada Allah
Persoalan keinsafan atas kesilapan masa lalu
Penyajak berasa insaf atas kesilapan yang dilakukan pada masa lalu sehingga dirinya jauh daripada rahmat Allah
Persoalan keinginan kembali ke pangkal jalan
Penyajak berharap pintu taubat akan terbuka buatnya untuk kembali ke pangkal jalan
Persoalan kesukaran mendapatkan rahmat Allah kerana banyak dosa
Penyajak menyedari bahawa dia banyak melakukan dosa dan dia berasa dirinya sukar untuk mendapat rahmat Allah
Persoalan perbuatan dosa akan menerima balasan yang dahsyat
Penyajak berharap dirinya terhindar daripada azab api neraka
Persoalan cabaran dalam menempuh kehidupan
Penyajak kerap kali terjatuh apabila menempuh cabaran hidup kerana imannya tidak kukuh
Nilai
Ketaqwaan/ keimanan
Penyajak merasakan dirinya semakin jauh daripada mendapat rahmat kerana banyak melakukan dosa
Keinsafan
Penyajak betul-betul insaf atas kesalahan yang dilakukannya pada masa lalu
Tidak mudah putus asa
Penyajak kerap berdoa dan mengharapkan pintu taubat terbuka untuknya
Rasional
Penyajak kerap kali terjatuh kerana tidak dapat membuat pertimbangan yang wajar
Tanggungjawab
Penyajak bertanggungjawab untuk mengubah dirinya kembali ke pangkal jalan setelah sedar daripada kesilapan
Pengajaran
Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan dosa
Walaupun kita manusia biasa tetapi elakkan diri daripada melakukan sebarang dosa
Kita hendaklah insaf atas kesalahan yang telah kita lakukan
Kita perlu ada kesedaran diri atas setiap kesalahan yang dilakukan pada masa lalu
Kita hendaklah bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah
Penyajak bersungguh-sungguh memohon keampunan daripada Allah supaya terhindar daripada api neraka
Kita hendaklah berdoa semoga mendapat kerahmatan
Setiap manusia perlu berdoa supaya sentiasa mendapat kerahmatan dan dilindungi segala musibah
Jangan kita leka dengan keindahan dunia sehingga melakukan dosa
Penyajak merasakan dirinya jauh daripada mendapat hidayah Allah kerana terpesona dengan kenikmatan dunia
Gaya Bahasa
Pemilihan kata sangat indah
Tubuhku tercalar duri pudina
Hiperbola
Tubuhku tercalar duri pudina
Metafora
Sewaktu berlari di padang hidup
Bahasa asing - Arab
Rabb
Sinkof
Kerap kakiku tersadung selirat akar
Inversi
Kerap kakiku tersadung selirat akar
Aliterasi
Tanpa kembali ke tunjang makna – konsonan n
Asonansi
Sewaktu berlari di padang hidup
Ayat tanya
Apakah dalam sarat khilaf masih terbuka ruang untuk dianugerahkan keinsafan?
Nada
Melankolik
Kesedihan, keinsafan, mendayu-dayu


No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...