Sunday 2 October 2011

DIMENSI NASIONAL SOALAN SPM SEBENAR

BAHAGIAN B - DIMENSI NASIONAL (SOALAN NO. 3)

SPM 2005

Pencapaian beberapa jenis sukan di negara kita perlu ditingkatkan. Sehubungan itu, Kementerian Belia dan Sukan juga persatuan sukan perlu mengatur strategi bagi mengembalikan kegemilangan mutu sukan negara.

Tulis rencana tentang usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh pihak berkenaan bagi meningkatkan mutu sukan negara.

SPM 2006

Industri pertanian memberikan sumbangan yang semakin penting dalam meningkatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia.

Berikan saranan anda tentang peranan pelbagai pihak dalam memajukan industri pertanian di negara kita.

SPM 2007

Kerajaan telah menubuhkan banyak institusi pendidikan berasaskan kemahiran seperti Kolej Komuniti, Institut Latihan Perindustrian dan Pusat Giat MARA. Antara tujuannya termasuklah untuk melatih golongan belia supaya lebih bersedia dalam menghadapi alam pekerjaan.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

SPM 2008

Penyakit demam denggi yang berpunca daripada nyamuk aedes merupakan ancaman yang membimbangkan negara.

Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan merebaknya penyakit ini dan langkah-langkah bagi menanganinya.

SPM 2009

Pengetahuan tentang sejarah penubuhan negara kita amat penting difahami oleh setiap rakyat demi memupuk rasa cinta akan negara.

Jelaskan pernyataan di atas.

SPM 2010

Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup bersatu dan maju
Rahmat bahagia Tuhan kurniakan
Raja kita selamat bertakhta.

Lirik lagu Negaraku di atas antaranya menyentuh soal perpaduan, kesyukuran dan taat setia rakyat kepada raja dan negara.

Huraikan peranan setiap rakyat Malaysia dalam menjamin kesejehteraan negara sebagaimana yang dihasratkan dalam lirik tersebut.




(Sumber : Lembaga Peperiksaan Malaysia)

No comments:

Post a Comment

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

ASPEK KOMSAS DRAMA BERKHIDMAT UNTUK NEGARA ASPEK KOMSAS PERNYATAAN HURAIAN PEMIKIRAN Semangat cinta...